EDERSON MORAES: 8 Tahun Yang Indah
Ederson akhirnya meninggalkan Man City untuk menyertai Fenerbahce.
Harus diakui, dia adalah penjaga gol terbaik yang City pernah ada. Membantu kelab itu menjuarai pelbagai kejuaraan terutama sekali UCL.
Sebelum ini dia pernah meminta dilepaskan ke Arab Saudi namun kelab tak nak. Dia menghormati pendirian kelab.
Malang selepas itu prestasinya agak merosot. Dan dia mulai kehilangan status sebagai auto starter.
Ederson akan kekal menjadi antara pemain terpenting Guardiola di Man City.
Sebelum dia tiba, kelab berbelanja besar mendapatkan Claudio Bravo sebab Pep nakkan ball playing keeper.
Namun Bravo menjadi error prone. Terus Pep mintak duit lagi sign seorang lagi keeper mahal bernama Ederson Morares.
Dia menjadi ball playing keeper ikonik di EPL. Boleh melakukan killer pass yang cantik. Tenang dengan bola di kakinya seperti seorang outfield player.
Dan satu lagi fakta menarik, dia adalah pengambil sepakan penalti yang sangat baik. Guardiola sendiri mengakuinya. Dia tersenarai dalam antara pemain yang mengambil penalti.
Paling diingati adalah perdebatan antara Ederson dan Alisson di pasukan kebangsaan Brazil. Bukti betapa dia adalah penjaga gol yang sangat kompetitif.
Dia pemenang Sarung Tangan Emas EPL 2019/20, 2020/21 dan 2021/22 (kongsi dengan Alisson).
"Saya meninggalkan Man City dengan rasa sangat bangga di atas apa yang kita pernah capai bersama. Dan saya berbangga memakai jersi ini banyak kali,
"Di bawah Pep kita menguasai EPL dan Eropah. Luar biasa, " kata pemain bernombor 31 itu.
Ederson bermain 372 kali untuk Man City. Dia memiliki 15 kejuaraan major dan 3 Perisai Komuniti bersama City termasuk 6 EPL, 2 Piala FA, 4 Piala Liga, 1 UCL, 1 Super Cup dan 1 Piala Dunia Kelab..
Selepas 8 tahun yang sangat indah dan ikonik, Ederson akhirnya meninggalkan Man City sebagai legenda ball playing keeper.