BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Felda buka restoran di Jeddah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mohd Isa (empat, kanan) bersama perwakilan yang hadir ketika perasmian pembukaan Felda D’Saji Malaysian & Asian Cuisine Restaurant, baru-baru ini.
< 1 / 1 >
DENGAN hasrat mengetengahkan konsep restoran makanan Malaysia sekali gus menyemarakkan budaya negara sendiri, memacu Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) menubuhkan restoran pertama Malaysia di Jeddah, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media FIC berkata, Felda D’Saji Sdn Bhd (D’Saji) telah dilantik sebagai operator untuk mengendalikan Felda D’Saji Malaysian & Asian Cuisine Restaurant yang terletak di Jalan Tahlia, Jeddah itu.

Restoran berkenaan boleh memuatkan seramai 112 pelanggan dan terdapat pelbagai pilihan makanan Asia yang disediakan secara live cooking termasuk makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, sate dan roti jala.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, restoran berkonsepkan dapur terbuka berkenaan adalah untuk melahirkan suasana budaya Malaysia sambil pelanggan menikmati aroma rempah ratus Asia dan melihat seni masakan itu sendiri.

" Ia peluang baik untuk Malaysia memperkukuh hubungan perniagaan dengan Arab Saudi. Usaha ini akan menyumbangkan pertukaran budaya antara negara dan memberikan pemahaman serta faedah yang lebih baik dalam banyak aspek.

"FIC dan D’Saji bukan saja menyasarkan menarik pasaran dari Malaysia dan negara Asia malah memanfaatkan lokasi Jeddah sebagai pintu gerbang kepada Arab Saudi.

"Setiap tahun Jeddah menerima kemasukan pelancong yang tinggi dari seluruh dunia untuk melaksanakan ibadat haji, ditambah pula dengan corak kehidupan yang kosmopolitan, ia menjadi antara destinasi pilihan pelancong.

"Di samping usaha untuk menarik minat pelancong asing ke restoran, penduduk Jeddah tetap menjadi kumpulan sasaran utama bagi menawarkan pengalaman hidangan yang berbeza daripada kebiasaan," jelasnya menerusi kenyataan itu.

Selain Felda D’Saji Malaysian & Asian Cuisine Restaurant, D’Saji juga menguruskan Al Safwa D’Saji Food Court di Mekah dan kedua-dua restoran itu diuruskan D’Saji Ventures Sdn Bhd.

Dalam industri makanan dan minuman, D’Saji melalui pelbagai fasa perubahan, bermula daripada menyediakan khidmat katering untuk kafeteria dan hostel pelajar Felda.

Jenama D’Saji terus kukuh apabila dilantik menjadi satu-satunya syarikat yang menyediakan katering bagi Dewan Merak Kayangan dan Dewan Perdana Felda.
FIC juga telah melantik D’Saji untuk mengendalikan Kafe Makanan Malaysia di Grand Plaza Apartment, Bayswater, London.

Selain itu, D’Saji juga bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi menjadikan Restoran D’Saji Titiwangsa yang akan dilancarkan tidak lama lagi sebagai satu lagi ikon Kuala Lumpur baharu.
 
Orang malaysia dekat sana bolehla g layan...susah la nak mengadap pak2 arab ni...
 
Back
Top
Log in Register