Salam TT.
Saya cuma nak kepastian dari pihak tuan kerana saya pernah hadir ke program sebegini namun dari segi pembukaan akaun masih belum jelas.
Apa yang saya faham,untuk buka akaun percuma dengan OSK untuk baca carta-tak kisah samada nak trade secara live atau "papertrade",pemohon perlu membuka akaun OSK di pejabat.Bagaimana pula boleh buka akaun semasa kelas atau ditempat program ini berlangsung?Adakah remisier OSK yang akan selesaikan untuk pembukaan akaun?
Yang kedua berkenaan akaun LTIF (J Trader).Saya semasa disesi yang saya hadiri,telah install aplikasi ini tapi dimaklumkan tidak boleh akses kerana perlu membuka akaun dengan bayaran sekian sekian.Jadi boleh tuan jelaskan dengan terperinci semoga individu yang berminat untuk join tidak membuang masa dalam soal pembukaan akaun bagi kedua2 OSK dan LTIF.
Mohon pencerahan dari tuan.
Terima kasih.
P.S.Syabas pada pihak tuan kerana membuka thread sebegini.Saya harap dapat join tetapi masa kerja tidak mengizinkan.Sama2 kita berdoa.Amin.