ipins
Active+ Member
- Messages
- 4,728
- Joined
- Dec 20, 2009
- Messages
- 4,728
- Reaction score
- 101
- Points
- 33
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan dagangan pagi ini dalam nada memberangsangkan dengan Indeks Komposit bergerak melepasi paras psikologi 1,800 mata.
Ia disokong minat kukuh dipacu sentimen pasaran global yang positif dengan Petronas Dagangan, Petronas Chemicals dan Sime Darby muncul penggerak utama indeks.
Pada 9.04 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,798.81, naik 6.02 mata, tetapi melepasi paras psikologi penting 1,800 mata bebera minit selepas itu.
Ia dibuka 2.77 mata lebih kukuh pada 1,795.56.
FBM KLCI ditutup pada 1,792.79 Rabu.
FBM KLCI didagangkan pada 1,809.72 Mei 2015 sebelum susut ke bawah 1,800 selepas itu.
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2018/01/370767/fbm-klci-lepasi-psikologi-1800-mata
