BTC USD 84,622.8 Gold USD 4,298.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fast Gate Technologies Sdn Bhd (582676-D)

bakar opis dia..scamm
 
Aku selalu dapat telefon dari golden horses...huhuhuh banyak kali gak tuh...nak perkenalkan hotel depa...ntah yer ntah idak...selalu aku layan samapai habiss.then last sekali aku akan kata...takper..tak minat la..

tapi yang paling tak bestnya....diorang buleh tanya...apsal encik tanka pergi rugi encik..free aja....huhuhuhuh..hampehhh..

Hello geng...
kebanyakkan semua tu call bukan dari hotel.. mereka ni agensi untuk hotel.. memang berlainan.. last time some person call aku cakap dia call dari dorset hotel..(macam ler aku tak ada kenalan kat sana) so dia nak promote program membership free stay la.. apa kejadah lagi!! then aku tanya balik.. are you sure u working with dorset hotel?? then dia cakap YES!! then aku cakap balik.. maybe u not working with dorset hotel but u working inside dorset hotel right? dia mula senyap... Time ni lak aku bambu dia balik.. tadi dia aje asyik cakap.. Aku cakap.. u manipulated guna nama hotel acctually u kena intro cakap where u from agensi compony name.. ini buleh consider menipu aku cakap.. then dia pon cakap sorry.. aku pon maleih nak kasi syarahan lagi pasal mak aku panggil makan nasi dah..:)) kalau ada masa korang tanya depa ni habisan2 yg mana betui2 tuff aje berapa kerat.. :)paid
 
Ikut taktik haku. Dijamin maruah & duit korang akan selamat.

Kalau dpt panggilan telefon yg promosi hapa-hapa macam ni, caranya korang letak jer gagang telefon/handpon korang tanpa putuskan line. Bior telefon/hp tu hidup jer. Cakap la sorang2 orang yg call kita tu. Bil diorang jugak yg melambung. Pedulikkan diorang tu semua, ini semua taktik baru nak menipu orang Islam, nak menjahanamkan Islam jer ni.
 
bahaya syarikat nie...kena report kat Suruhanjaya dan BNM....sapa ada gambar ofis tu paste kat CG nie...

semua org leh tau
 
Berjaga-jaga kepada sesiapa yang mendapat panggilan telefon dari syarikat yang bernama fast gate technologies sdn. Bhd.telemarketer mereka akan menelefon secara rawak dan menjemput anda ke pejabat mereka di no 12-2, jalan pjs 8/2, bandar sunway mentari, 46150 petaling jaya selangor. Mereka akan mengatakan mereka akan melancarkan satu perniagaan baru(dah berapa tahun dah bisnes baru yang mereka nak lancarkan).

Dan mereka akan mengatakan jika anda dapat meluangkan masa dalam 60 minit, mereka akan berikan vaucher percutian dalam negara untuk 3 hari 2 malam atau 2hari 1 malam. Setelah anda pergi ke opis mereka seperti alamat di atas,mereka akan berikan satu borang untuk diisi(dalam borang tu anda diminta mengisi maklumat peribadi termasuk no kad kredit dan tiga no akhir di belakang kad kredit tersebut).

Selepas itu, mereka akan buat presentation berkenaan perniagaan mereka dan akhir sekali mereka akan sedaya-upaya memaksa anda join sebagai "smart partnership" dengan perniagaan yang mereka buat! Jika anda declare yang anda ada kad kredit pada masa mengisi borang pada awal td, mereka akan meminta kad kredit dan i/c untuk di swipe di dalam bilik.. So, setelah anda terjerat dengan membayar deposit dengan kredit kad tadi... Anda terpaksa teruskan dengan program perniagaan mereka, dan mereka akan tolong anda dengan memohon beberapa kredit kad baru.. Dan setelah kredit kad baru anda diluluskan, maka mereka akan sapu lagi baki wang bagi s/partnership dengan syarikat mereka.. Ataupun mereka akan menguruskan pinjaman peribadi kepada anda jika anda bekerja makan gaji dan mempunyai payslip atau ada acc statement bagi yang berniaga...

Jika anda keras hati dan boleh menepis pujukan mereka dan tidak menyertai program mereka, mereka akan bagi vaucher yang mereka janjikan.. Tetapi setelah anda ingin gunakan vaucher yang anda dapat tadi.. Setelah anda ingin buat booking! Didapati talian hotline tak dapat dihubungi.. Dan bila anda call balik opis fast gate technologies, mereka akan buat macam2 helah.. Diaorang suruh call semula la, call no lain yang diberikan, orang yang berkenaan cutilah! Macam hallah! Memang kurang ajar mereka ni dan kebanyakkannya yang bekerja di sana adalah "melayu yang tak guna" dan rasanya bossnya juga adalah "melayu yang tak guna".

So.. Aku hanya berkongsi di sini supaya "bangsa" kita tidak terpedaya dan teraniaya kepada "melayu haprak" ini.. Dan kita "boikot" supaya syarikat yang modus operandinya berniat hendak menipu dan menganiaya orang, mampus terus!!!

Tq!

Semua pekerja di pejabat adalah Melayu.

Tauke belum tentu Melayu.

Aku tau sebab sebelum ni aku pernah kantulkan 2 kes macam ni kat Muar. Pejabat depan premis KPDNHEP je.
 
Back
Top
Log in Register