BTC USD 83,785.0 Gold USD 4,283.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

faraid

sudutgamat

Junior Member
Messages
76
Joined
May 17, 2008
Messages
76
Reaction score
0
Points
6
Kalau saya tiada lagi,

Ikut faraid, pembahagian harta seperti berikut

Isteri - 1/8
2 anak perempuan - 2/3
Baitulmal = 5/24

Kenapa Baitumal dapat lebih dari isteri?
 
Den pernah dgr cite org lah kan.Kalau buat wasiat,wasiat x boleh lebih 1/3 harta.pastu baru buat faraid.
 
wang kwsp boleh buat wasiat kah.....bukan ikut faraid kah?

tak faham knape baitulmal (kira org luarlah) dapat lebih dari isteri sendiri.
 
wang kwsp boleh buat wasiat kah.....bukan ikut faraid kah?

tak faham knape baitulmal (kira org luarlah) dapat lebih dari isteri sendiri.

x surelah.baik tt pi amanah raya.silap hb,lepas tt meninggal dunia,sedara mara tt yg selalu sakitkan hati tt sepanjang tt hidup,boleh dpt jugak harta peninggalan tt. :))
 
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Al-Quran
Suran An-Nisa' Ayat 11

Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

Al-Quran
Surah An-Nisa' Ayat 12

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

Al-Quran
Surah An-Nisa' Ayat 13
 
kalau rasa dah warga emas dan umur dah x panjang, baik bahagikan terus harta yang ada

tukar nama, kad atm punya no pin dll

cuma asb je lah pergi amanah raya (kalau dulu x boleh buat wasiat skang x tau la)

bersedia awal jgn sampai ahli keluarga kita bergaduh akibat berebut harta
 
Kalau saya tiada lagi,

Ikut faraid, pembahagian harta seperti berikut

Isteri - 1/8
2 anak perempuan - 2/3
Baitulmal = 5/24

Kenapa Baitumal dapat lebih dari isteri?

Harta isteri x berkurang. Kenapa jadi persoalan? Ambil takaful nyawa x?
 
Back
Top
Log in Register