bro drummer
Super Active Member
- Messages
- 7,824
- Joined
- Mar 3, 2011
- Messages
- 7,824
- Reaction score
- 151
- Points
- 73
FAQ : Berapa yang saya sumbang sampai kepada Palestin?
Dalam kerancakkan pelbagai pihak mengutip sumbangan untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin, ada penderma yang bertanya berapa banyak sumbangan saya sampai ke Palestin? Satu persoalan yang setiap penderma berhak untuk bertanya dan setiap NGO yang mengumpul sumbangan bertanggungjawab untuk bersifat amanah dan telus.
Jikalau tidak ditanya di sini pun, di akhirat sana kami perlu jawab juga. Lebih parah kalau tidak mampu menjawab di hadapan Allah kelak. Di Aqsa Syarif, kami hanyalah pemegang amanah diberikan oleh tuan-tuan untuk disampaikan kepada yang berhak di Palestin kerana itulah Aqsa Syarif telah dikawal selia dengan ketat oleh 14 ahli lembaga pemegang amanah yang berwibawa dan tidak bergaji.
1. Untuk pengetahuan semua, garispanduan kerajaan membenarkan NGO mengguna-pakai sehingga maksimum 40% dari hasil sumbangan untuk kos pengurusan.
2. Di Aqsa Syarif, polisi kewangan kami menetapkan kos maksima untuk pengurusan hanyalah 20%.
3. Begitu pun, secara praktiknya laporan audit menunjukkan kos pengurusan sejak Aqsa ditubuhkan pada 2010 adalah seperti berikut :
2010 - 9.0%
2011 - 5.8%
2012 - 7.2%
2013 - 5.0%
Diantara sebab-sebab utama yang membolehkan Aqsa meminimakan kos pengurusan adalah :
1. Untuk membantu pengurusan dan operasi seluruh negara, Aqsa hanya mempunyai 15 staf sepenuh masa dan 3 staf di pejabat Gaza. Penggerak utama Aqsa adalah ratusan para aktivis dan sukarelawan di 14 Negeri dan 70 daerah seluruh Negara . Sebenarnya, merekalah yang banyak menanggung kos pengurusan tanpa sebarang tuntutan. Moga keikhlasan mereka diterima Allah.
2. Mengelakkan penggunaan iklan berbayar yang biasanya berkos tinggi. Samada melalui media online, media eletronik atau yang lain. Kami berterima kasih kepada pihak media yang sering menyokong kami dalam menyebarluaskan isu Palestin.
Moga sedikit yang kami lakukan untuk menyampaikan amanah tuan-tuan diterima sebagai amal baik disisi Allah.
Semoga penjelasan ini akan memberi ketenteraman kepada orang ramai yang ingin menyumbang untuk tabung palestin melalui Aqsa Syarif.
Ar. Hj. Syed Mohd Radhi
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad.
#OperasiBadar
Nota: Aqsa Syarif telah menyalurkan sumbangan anda ke Gaza, Tebing Barat dan Kem-kem Pelarian di Beirut dan Syria semenjak 2010. Lebih 60 Projek & Program telah berjaya dilaksanakan. Selain bantuan kecemasan ketika Serangan dan Bencana di Palestin, terdapat 4 Sektor utama sumbangan anda di agihkan; (a). Makanan Asas; (b).Perubatan; (c).Pendidikan dan (d).Sosio-Ekonomi.
http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2013/03/a2g15-am-to-ensure-good-governance-in.html