BTC USD 28,211.0 Gold USD 1,940.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fama buka Agro Bazaar di Dubai

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.JPG

Najib ceria ketika merasmikan Festival Makanan Agro Malaysia dan majlis ramah mesra pemimpin bersama rakyat Malaysia di UAE, semalam. - Foto Bernama


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembukaan Agro Bazaar di Dubai oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

“Kita perlu berada dekat dengan pasaran untuk menjana peratusan pendapatan yang lebih tinggi. Lebih dekat kita dengan pasaran, lebih banyak faedah yang kita dapat,” katanya semasa pelancaran Malaysian Agrofood Festival dan majlis perjumpaan 300 rakyat Malaysia, di Dubai.

Katanya, mendekatkan diri dengan rantaian bekalan global merupakan sebahagian daripada sasaran strategi kerajaan.

“Dalam menggerakkan rantaian nilai sektor pertanian, Fama dijangka membuka lebih banyak Agro Bazaar di luar negara, termasuk di Hong Kong,” katanya.

Dengan sasaran bagi promosikan buah-buahan dan produk asas tani premium Malaysia, Agro Bazaar pertama dibuka di Singapura pada Ogos.

Menurutnya, durian ‘Musang King’ premium benar-benar dilayan seperti ‘raja’ di Singapura.

“Durian itu disimpan dalam bilik berhawa dingin sepanjang masa. Ia dijual pada harga RM66.89 (26 Singapura dolar) sekilogram. Dan selepas penukaran (ke dalam Ringgit Malaysia), anda tidak akan dapat harga yang sama di mana-mana di Malaysia,” katanya.

Semasa tempoh tujuh bulan pertama 2014, eksport buah-buahan meningkat 44.7 peratus kepada RM298.8 juta.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Agro Bazaar Dubai, pusat sehenti bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia akan memulakan perniagaan dalam suku ketiga tahun depan.

Agro Bazaar Dubai, pusat jualan produk pertanian Malaysia akan dibuka tahun depan dan tapaknya sedang dikenal pasti serta perbincangan juga diadakan dengan syarikat tempatan mengenai kemungkinan usaha sama.

Agro Bazaar Dubai juga akan menjadi hab dagangan dan pengedaran serta pintu masuk bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia ke negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC). - Bernama
 
Top
Log in Register