BTC USD 84,517.9 Gold USD 4,131.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS FAM kunci mulut

johor1976

Super Active Member
gem
Messages
8,980
Joined
May 7, 2016
Messages
8,980
Reaction score
543
Points
121
KUALA LUMPUR 16 Julai – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ‘mengunci mulut’ berhubung kenyataan terbaharu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang terus membidas badan induk bola sepak negara itu ekoran persaraan empat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada skuad kebangsaan.
Ong Kim Swee

Difahamkan, FAM turut mengarahkan jurulatih skuad negara Datuk Ong Kim Swee tidak memberi ulasan.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan maklum balas FAM hari ini menemui ke*gagalan apabila tiada seorang pun pegawai atasan badan induk tersebut menjawab panggilan telefon mahupun membalas kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin difahamkan masih lagi bercuti dan beliau kini berada di luar negara atas urusan peribadi, sementara Timbalan Presiden, Datuk Seri Affandi Hamzah yang dihubungi menerusi WhatsApp pula keberatan untuk meng*ulas mengenai isu tersebut.

Hanya Kim Swee yang berjaya dihubungi menerusi panggilan telefon. Bagaima*napun pengendali Harimau Malaysia itu berkata, beliau tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan tertinggi FAM untuk mengulas mengenai isu bekas empat pemainnya itu.

“Saya minta maaf kerana telah mendapat arahan daripada pihak atasan agar tidak mengulas mengenai isu ini. Selagi saya tidak mendapat kebenaran, selagi itulah saya tidak boleh memberikan sebarang komen,” katanya.

Dalam pada itu, usaha Biro Utusan Malaysia Pahang untuk mendapatkan maklum balas daripada Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut menemui kegagalan kerana beliau juga masih lagi bercuti bersama keluarga.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers semalam, TMJ terus mendakwa FAM sebagai sebuah organisasi korup dan dipimpin oleh yang tiada kebolehan selain tidak menghiraukan kebajikan pemain.

TMJ yang merupakan pemilik JDT berkata, keputusan persaraan Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Amirul Hadi Zainal dan S. Kunanlan dari*pada arena antarabangsa dibuat oleh pemain-pemain itu sendiri dan beliau ha*nya berkata akan menyokong setiap keputusan mereka.

Sebelum ini difahamkan persaraan empat pemain itu mempunyai kaitan dengan teguran yang dibuat Tunku Ismail dalam Facebook Johor Southern Tigers baru-baru ini yang menyelar tugasan skuad negara telah mengakibatkan lima pemainnya cedera.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola...tengku-abdullah-1.354472#sthash.dHwSgPt5.dpuf
 
Last edited:
Diam jela FAMB. lama2 org lupa la tu. Bangsat selamanya
 
selagi orang atasan FAM tu terdiri dari politician, mmg tak kemana.

aku pun tak setuju dgn star player yg retire awal tapi aku respect keputusan mereka.

FAM mmg terus ke laut selagi dibimbing politician.bukan FAM je, mana persatuan yg ada politician jd org penting, akan ke laut sooner or later.
politician ni hampir kesemuanya macam drug addict, wawasan drug addict cuma nak drug utk high. wawasan politician cuma DUIT.

knp la presiden FAM tak boleh think outside the box.
banyak sangt penjilat ke apa aku pun tak tahu.

kenapa tak ambik outsider utk ambik alih tugas setiausaha agung tu, ambik ex manager team japan ke, korea ke, tunisia ke, iran ke untuk buat massive refurbish dalam barisan management. kalo presiden tu locals, pastu setiausaha agung tu semua foreigners yg ada background dlm football management, mesti akan ada hasil.



selagi FAM dibarisi politician, nasib akan sama macam TH yg dichairman oleh Azeez.

tak belajar ke MAS jatuh teruk sebab management walopun sales maintain?
benda ni dah pun berlaku dalam FAM.
politician ni mostly mana ada integriti. tak kisah la parti mana
 
Last edited:
ada orang citer FAM duit bnyk samapi bila team malaysia pi frenly kat oversea, semua high rank staff ikut boleh claim.
padahal, kalo ada game, sepatutnya staff2 tertentu je pi. tak pun manager, coach, assistant coach, health team je yg pi. yg lain2 tu buat apa nak buang duit.

secikai2 Fabio CApello masa manage England, dia tak bagi players turun lunch kat hotel pakai baju bebas, kena ada dress code, pakai shirt yg FA england bagi jer.

team kita, bila frenly kat oversea, dresscode kat hotel mmg takde, pastu staff2 FAM yg tak perlu ada pun join sekali.
tu belum sentuh bab fund utk jamuan hari raya, jamuan hari keluarga semua.

mubazzirun betul!
 
lama betul orang atas FAM bercuti. tak mau kerja sila letak jawatan la, boleh cuti puas-puas.
 
Biase la tu fam cuti raya sebulan..pastu orang lupe
 
lama betul orang atas FAM bercuti. tak mau kerja sila letak jawatan la, boleh cuti puas-puas.

integriti ke laut.

presiden FAM banyak makan semut ke apa.
amik je la setiausaha agung tu orang jepun.
selama aku kerja dgn foreigeners, japanese mmg top dlm integriti dan disiplin.
 
takpun player2 malaysia bersatu, retire je semua dari national squad, selagi tak ambik foreigners jadi setiausaha agung, takpun ambik political-free man jadi setiausaha agung.

kat malaysia ni SPR pun ada conflict of interest. sebab tu yg aku nampak, kena ambik foreigners
 
bagi chance lah diaorg cuti. nak abiskan marhaban dulu tu.
nnt dah abis diaorg naiklah keja semula :eek::))
 
Back
Top
Log in Register