BTC USD 83,764.2 Gold USD 4,345.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fakta Kidal

azlann1981

Super Active Member
Messages
5,538
Joined
Apr 13, 2006
Messages
5,538
Reaction score
254
Points
91
Pengenalan Mengenai Kidal

1. Kidal bermaksud individu yg. lebih cenderung menggunakan tangan kiri utk. melakukan berbagai tugasan contohnya mengambil barang, melontar, menunjuk, memberus gigi, menulis dan sebagainya. Kebanyakan individu kidal akan menggunakan tangan kiri dengan tanpa disedari untuk melakukan tugas-tugas yg. sukar ini.
2. Secara amnya kidal bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
3. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
4. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
5. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

Fakta Kidal

1. Secara kasarnya sekitar 15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Earl Anthony, pemain boling profesional yg. pertama berjaya meraih satu juta dolar juga seorang kidal.
6. Ramai dari personaliti yg. terkenal di dunia adalah kidal. Mereka adalah Fidel Castro – pemimpin Cuba, Albert Einstein – ahlil fizik, Henry Ford – pengeluar otomobil dan juga pengasas Microsoft sendiri iaitu Bill Gates.
7. Antara artis ternama kidal adalah Phil Collins, Pablo Picasso, Leonardo da Vinci, George Micheal, dan Paul McCartney.
8. Pelakon handalan pula antaranya adalah Tom Cruise, Charlie Chaplin, Whoopie Goldberg, Nicole Kidman, Julia Roberts, dan Sylvester Stallone.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Didalam bahasa Inggeris orang kidal (left-handed) kadang kala disebut sebagai ‘southpaw’. Terma ini diambil daripada permainan besbol.
7. Pepatah Inggeris menyatakan bahawa “only left-handed are in their right minds”.
 
malangnye aku xkidal...!
 
aku apa pun x boleh...menulis...angkat barang.....
sepak bola semua x boleh....boleh boleh ler tapi x mcm guna tangan kanan....
yg aku betoi-betoi cekap beluk kiri saja heheehehe,,,,,,,,,,,
 
aku kidal hehehe.. proud to be kidal man..:D

tapi main badminton tangan kanan lak.. tak tau pesal.
 
Aku punya kes plak rumit sikit. Masa kecik darjah 1-4 tulis guna tangan kanan dan mmg dilahirkan right handed. Tapi selepas tangan kanan kena luka cedera skek selama 2 minggu masa tu aku cuba2 guna tangan kidal. Eh! makin sedap plak tulis guna tangan kidal. Sejak haritu aku guna tangan kidal untuk buat kerja2 seharian. Main gitar kidal, tulis kidal angkat barang berat kidal...semualah..:D
 
Aku punya kes plak rumit sikit. Masa kecik darjah 1-4 tulis guna tangan kanan dan mmg dilahirkan right handed. Tapi selepas tangan kanan kena luka cedera skek selama 2 minggu masa tu aku cuba2 guna tangan kidal. Eh! makin sedap plak tulis guna tangan kidal. Sejak haritu aku guna tangan kidal untuk buat kerja2 seharian. Main gitar kidal, tulis kidal angkat barang berat kidal...semualah..:D
tukar nickname ko jadi ManCatur jadi ManKidal...
power tu mankidal main gitar...:)
 
tukar nickname ko jadi ManCatur jadi ManKidal...
power tu mankidal main gitar...:)

tak leh!..hehehe dah ramai sangat dah guna nama tu..biarlah den guna nama den jer...:D at least den jugak tergolong as Kidal man
 
Back
Top
Log in Register