BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Fakta Bulan Purnama September 2023

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
IMG_20230929_170349_758.jpg


Fakta Bulan Purnama September 2023 :-

- Secara teknikalnya Bulan akan memasuki fasa Purnama pada jam 05:57 PM, 29 September 2023.

- Bulan memasuki fasa Purnama selang sekitar 1 hari 8 jam selepas Bulan berada di kedudukan Perigee iaitu kedudukan di mana Bulan berada paling hampir dengan Bumi.

- Bulan telah berada di kedudukan Perigee pada 28 September 2023, jam 09:05 AM dengan jarak sekitar 359911 km.

- Bulan Purnama pada hari ini merupakan Purnama Gedang atau Purnama Perigee ( Supermoon ) yang terakhir bagi tahun 2023.

- Jarak Bulan dengan Bumi ketika masuki fasa Purnama adalah sekitar 361552 km. Ini merupakan Purnama ketiga paling hampir dengan Bumi bagi tahun 2023.

- Ketika Purnama Gedang berlaku, Bulan akan kelihatan sedikit terang dan besar berbanding Purnama biasa.


AstroMet Malaysia
 
tapi hari ni memang terasa bahang panasnya...
 
Back
Top
Log in Register