ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mohd Faiz (kanan) mahu membantu Kelantan menewaskan Pahang di Kota Bharu, malam esok.
PEMAIN sayap Kelantan, Mohd Faiz Subri semakin bersemangat untuk membantu pasukannya meraih tiga mata penting apabila bertemu Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
Mohd Faiz berkata, beliau gembira apabila kemarau jaringannya lebih dua bulan lalu berakhir apabila berjaya menjaringkan salah satu gol ketika Kelantan membelasah Terengganu 4-0, Jumaat lalu.
“Mana-mana pemain bola sepak sudah pasti mahu menjaringkan gol. Jaringan tersebut memberi semangat buat saya untuk mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan malam esok.
“Secara tidak langsung misi kami untuk menamatkan saingan liga musim ini dengan menduduki tempat keempat juga kembali terbuka setelah Pahang tewas mengejut 1-2 kepada Perak di Kuantan, malam kelmarin, katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya, beliau yakin The Red Warriors dapat memintas Pahang pada penghujung saingan liga jika mampu meraih mata maksimum dalam tiga baki perlawanan termasuk menewaskan skuad kendalian Dollah Salleh di Kota Bharu, malam esok.
Pemain kelahiran Air Hitam, Kedah itu bagaimana pun mengingatkan rakan sepasukan agar berwaspada dan tidak memandang mudah pertemuan itu kerana Pahang pasti mahu bangkit setelah tewas mengejut di Kuantan, tempoh hari.
Kelantan kini berada pada kedudukan keenam dalam saingan liga dan berpeluang cerah memintas skuad Tok Gajah jika menang pada perlawanan tersebut. Kedua-dua pasukan itu hanya dibezakan dua mata selepas Kelantan mengumpul 27 mata dan Pahang (29 mata).