BTC USD 84,806.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

:: Fadhilat Istighfar, Zikir dan Salawat ::

Dr Ahmad Sanusi​

58m ·

Hari Jumaat Jangan Lupa Selawat
======
1. Mari bersama perbanyakkan selawat pada hari jumaat. Mereka yang banyak berselawat ke atas Rasulullah ﷺ berpeluang menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat. Sabda Rasulullah ﷺ:
فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Dan barangsiapa yang paling banyak mengucapkan selawat ke atas ku, maka dia akan berada di kedudukan yang paling dekat denganku (di hari akhirat kelak). (HR al-Baihaqi)

2. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah ﷺ dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.

3. Jiwa yang dilimpahi rasa kasih kepada Rasulullah ﷺ menyebabkan seseorang itu berupaya menikmati kelazatan dan kemanisan iman. Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam hadis:
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
"Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, (yang pertama) menjadikan Allah dan Rasul perkara yang paling dicintai buat dirinya melebih segala-galanya... (HR al-Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah membimbing kita
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

321458717_827309895036004_912778125418189023_n.jpg
 
IMG_20230510_122940_946.jpg


Istighfar 100 Kali

Dari Abdullah ibnu Umar RA:

Kami pernah menghitung (istighfar) Rasulullah SAW dalam suatu majlis sebanyak 100 kali:

رَبِّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ علي إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

"Wahai Tuhanku! Ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengampun." (Hadith Riwayat Abu Daud)

Marilah sama-sama kita amalkan setiap hari. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.
 
IMG_20230624_134104_259.jpg


ZIKRULLAH MEMBAWA KETENANGAN HATI

Dengan berzikir kepada Allah SWT dengan khusyuk, hati kita akan tenang.

Allah berfirman dalam surah Surah ar-Ra’d, ayat 28 yang bermaksud :
"Ketahuilah dengan zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Marilah sama-sama kita manfaatkan 10 Awal Zulhijjah ini dengan banyakan berzikir mendekatkan diri dengan Allah SWT.
#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
 
Back
Top
Log in Register