BTC USD 84,140.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

:: Fadhilat Istighfar, Zikir dan Salawat ::

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
FADHILAT ISTIGHFAR

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi.
Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)

4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)

5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)

Seperti amalan selawat, amalan istighfar yang dilakukan secara berterusan juga akan membersihkan hati yang penuh dengan zulmah hawa nafsu dan secara tidak langsung menyelesaikan kemelut hati dan kehidupan. Contohnya istighfar telah menyelesaikan kemelut Nabi Yunus A.S apabila baginda ditelan oleh ikan Nun . Nabi Yunus A.S dicampakkan oleh Allah Taala ke dalam laut kerana baginda masih ada ajalat (sifat-sifat mendahului qada' Tuhan). Allah Taala memelihara nabiNya daripada sifat-sifat ajalat ini dengan membenarkan ikan Nun menelan Nabi Yunus A.S. Nabi Yunus A.S beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah Taala iaitu :

Ertinya: 'Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang yang menzalimi dirinya.'(Surah Al Qalam : 87)

Sel-sel nabi Yunus yang maksum kemudiannya dibersihkan daripada sifat-sifat ajalat. Selepas itu barulah doanya diperkenankan oleh Allah Taala.

Nabi Muhammad SAW yang maksum juga sentiasa beristighfar iaitu sebanyak 70 kali sehari. Istighfar Nabi Muhammad SAW adalah untuk memperakui kehambaannya kepada Allah Taala dan membersihkan segala sel-selnya daripada segala rasa 'Ada Diri' atau 'Rasa Keakuan'.

Sesungguhnya, istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada Allah Taala yang sangat tinggi nilainya. Dengan wujudnya rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan-bisikan nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita


FADHILAT ZIKIR

Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.
Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah.
Mendapat nur (cahaya) daripada Allah di dunia, alam barzakh dan titisan sirat nanti.
Dapat menjadi pendinding dan perisai dari neraka.
Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan niat buruk terhadap diri kita.
Dapat menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati.
Dapat menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.
Dapat membersihkan hati daripada segala kekotoran dan menghapuskan dosa dan maksiat kecil.

FADHILAT SALAWAT

1. Nabi Muhammad saw bersabda: “Siapa yang bersalawat kepadaku satu kali maka Allah akan bersalawat kepadanya 10 kali dan meng-hapus kesalahannya, menetapkan 10 kebajikan baginya dan kedua malaikat yang ada di sisi-nya akan berlomba menyampaikan (salam) roh-ku kepadanya.”
2. Nabi Muhammad saw bersabda: “Siapa yang di sisinya namaku disebutkan lalu ia lupa bersalawat kepadaku maka akan dilambatkan baginya jalan ke surga.”
3. Rasulullah saw bersabda: “Jibril mendatangiku dan membawa berita gembira kepadaku, sesungguhnya Allah berfirman, ‘Siapa yang bersalawat kepadamu maka Aku akan bersalawat kepadanya, siapa yang mengucapkan salam kepadamu maka Aku akan mengucapkan salam kepadanya.’ Maka akupun sujud (bersyukur) kerana hal itu.”
4. Nabi Muhammad saw bersabda: “Siapa yang bersalawat kepadaku tiga kali di siang hari dan tiga kali di waktu malam kerana cinta kepadaku dan rindu kepadaku maka Allah berhak mengampuni dosa-dosanya untuk malam dan siang harinya.”
5. Imam Ja’far bin Muhammad al-Shadiq berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: “Keraskan suara kalian dalam bersalawat kepadaku. Sesungguhnya salawat itu menghilangkan nifaq (sifat munafik).”
6. Imam ‘Ali bin Abi Thalib berkata: “Salawat kepada Nabi dan keluarganya akan menghapus kesalahan, sedemikian hingga lebih cepat daripada air memadamkan api; dan salam kepada Nabi dan keluarganya lebih utama daripada membebaskan hamba sahaya.”
7. Abu ‘Abdillah bertanya kepada sahabatnya: “Mahukah kuberitahu sesuatu yang dengannya Allah memelihara wajahmu dari panasnya api neraka.” “Ya,” jawab mereka. “Katakanlah setelah fajar Allahumma shalli ‘ala Muhammad waâli Muhammad sebanyak seratus kali kelak Allah akan memeliharamu dari panasnya api nera-ka.”
8. Imam ‘Ali bin Musa al-Ridha berkata: “Siapa yang tidak mempunyai sesuatu yang bisa menggugurkan dosa-dosanya, hendaklah ia memperbanyak salawat kepada Muhammad dan keluarganya karena sesungguhnya salawat itu akan menghapus dosa-dosanya.”
9. Imam Ja’far bin Muhammad al-Shadiq ber-kata: “Salawat kepada Nabi adalah wajib pa-da segala tempat, ketika bersin, melihat angin kencang dan lain sebagainya.” Imam ditanya, “Aku masuk ke Bait al-Haram sementara aku tahu doa apapun (yang dibaca) kecuali salawat kepada Muhammad dan keluarganya.” Berkata Imam al-Shâdiq: “Sesungguhnya engkau telah melakukan sesuatu yang paling baik dari yang dilakukan oleh orang lain.”
10. Abu ‘Abdillah berkata: “Jika kalian berdoa kepada Allah hendaklah memulainya dengan salawat kepada Nabi dan keluarganya kerana shalawat kepada Nabi dan keluarganya diterima di sisi Allah. Allah tidak menerima (sebahagian doa) dan menolak sebahagian yang lain.”
11. Imam Ja’far al-Shâdiq berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya salawat kepadaku adalah (syarat di)ijabah doa-doamu dan ia adalah zakat (penyuci) untuk amal-amal-mu.”
12. Abu ‘Abdillah ditanya tentang makna ayat “In-nallâha wa malaikatahu yushallûna ‘alan Nabi…” (QS. 33:56). Beliau menjawab: “Salawat dari sisi Allah sesungguhnya rahmat, dari sisi malaikat bererti penyucian (tazkiyah) dan dari sisi manusia bererti doa. Adapun firman Allah ‘wa sallimû taslîma’ adalah salam kepada Muhammad saw.”
13. Imam Muhammad al-Baqir berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Siapa yang bersalawat kepadaku dan tidak bersalawat kepada keluargaku maka ia tidak akan mencium bau syurga, padahal baunya akan tercium sejauh perjalanan 500 tahun.” Wallahualam.
 

Dr Ahmad Sanusi​

1j ·

Selawat Melapangkan Jiwa Muslim
======
1. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan.

2. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah dan kecintaan kepada Rasulullah membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.

3. Jiwa yang dilimpahi rasa kasih kepada Rasulullah menyebabkan seseorang itu berupaya menikmati kelazatan dan kemanisan iman. Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam hadis:
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
"Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, (yang pertama) menjadikan Allah dan Rasul perkara yang paling dicintai buat dirinya melebih segala-galanya... (HR al-BUkhari dan Muslim)

4. Mereka yang tenggelam dengan kecintaan pada Allah dan Rasul akan menjadikan hatinya menjauhi kekotoran dosa dan meningkatkan ketaqwaan. Jiwa yang bertaqwa akan dekat dengan Allah dan Allah mempermudahkan urusan hamba yang bertakwa.

5. Pada hari jumaat yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah.
Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi
=======
1. Pada hari jumaat ini perbanyakkanlah berselawat. Mereka yang banyak berselawat akan diampunkan dosa mereka. Perkara ini direkodkan dalam sebuah hadis Nabi yang menceritakan tentang kisah Saidina Ubai bin Ka’ab yang bertanya kepada Rasulullah tentang berapa banyak selawat yang seharusnya di ungkapkan ke atas Baginda Nabi.

2. Saidina Ubai bertanya kepada Rasulullah:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلاَةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلاَتِي؟
“Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyak berselawat ke atasmu. Berapa banyak aku harus berselawat kepadamu dalam doaku? Lalu Rasulullah bersabda: Terserah kepadamu wahai Ubai.

3. Ubai menyebutkan beberapa bilangan dan Rasulullah hanya menjawab: Terserah kepadamu. Sehinggalah di hujung dialog tersebut Ubai bertekad untuk menjadikan seluruh doanya mengandungi selawat kepada Baginda Nabi. Lalu Rasulullah bersabda:
إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ
“Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)

4. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah. Allah dan para malaikat turut mengucapkan selawat ke atas Nabi. Selawat bukan sahaja menjadikan kita lebih dekat dengan Rasulullah, bahkan dosa kita berupaya di ampunkan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

1647562919648.png
 
Jom perbanyakkan selawat di hari Jumaat yang mulia ini.
۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞
"Jangan tinggalkan membaca Selawat kepada Rasulullah SAW, kerana bacaan Selawat itu merupakan kunci segala kebaikan dan pintu segala keutamaan untuk agama, dunia dan akhirat".
-As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki-
#syukurselalu
#BersamaKeSyurga


1648172571635.png
 

Hari Jumaat perbanyakkan selawat ﷺ​

Sesungguhnya selawat kita akan disampaikan kepada Rasulullah ﷺ​

September 3, 2021

1648777983431.png


1. PERBANYAKKAN selawat pada hari Jumaat. Sesungguhnya selawat kita akan disampaikan kepada Rasulullah ﷺ. Sabda Rasulullah ﷺ:

وصلُّوا عليَّ فإنَّ صلاتَكُم تبلغُني حَيثُ كنتُمْ

“Dan berselawatlah ke atasku, sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada.” (HR Abu Daud)


2. Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah ﷺ memperincikan lagi tentang keharusan memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Sabda Rasulullah ﷺ:


إنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي

“Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.” (HR Abu Daud)

3. Ketika menghuraikan hadis ini, Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa ini adalah gambaran bagaimana selawat seseorang itu akan sentiasa diterima bahkan dibentangkan kepada Rasulullah melalui malaikat. Kata beliau:

يَعْنِي عَلَى وَجْهِ الْقَبُولِ فِيهِ، وَإِلَّا فَهِيَ دَائِمًا تُعْرَضُ عَلَيْهِ بِوَاسِطَةِ الْمَلَائِكَةِ

“Iaitu (hadis ini) membawa maksud gambaran penerimaan selawat seseorang itu, atau paling tidak ia menggambarkan bagaimana selawat itu dibentangkan kepada Rasulullah ﷺ melalui perantaraan malaikat.” (Mirqah Mafatih)

4. Manakala Ibn Mulaqqin pula menyatakan bahawa maksud dibentangkan selawat itu kepada Rasulullah adalah seakan penyerahan hadiah buat Baginda Nabi ﷺ. Kata beliau:

معنى معروضة علي موصولة إلي توصل الهدايا

“Yang dimaksudkan selawat itu dibentangkan ialah ia disampaikan kepada Baginda Nabi (seperti) sampainya hadiah-hadiah.”

Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

 

Dr Ahmad Sanusi​

Sebentar tadi ·

Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi
=======
1. Pada hari jumaat ini perbanyakkanlah berselawat. Mereka yang banyak berselawat akan diampunkan dosa mereka. Perkara ini direkodkan dalam sebuah hadis Nabi yang menceritakan tentang kisah Saidina Ubai bin Ka’ab yang bertanya kepada Rasulullah tentang berapa banyak selawat yang seharusnya di ungkapkan ke atas Baginda Nabi.

2. Saidina Ubai bertanya kepada Rasulullah:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلاَةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلاَتِي؟
“Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyak berselawat ke atasmu. Berapa banyak aku harus berselawat kepadamu dalam doaku? Lalu Rasulullah bersabda: Terserah kepadamu wahai Ubai.

3. Ubai menyebutkan beberapa bilangan dan Rasulullah hanya menjawab: Terserah kepadamu. Sehinggalah di hujung dialog tersebut Ubai bertekad untuk menjadikan seluruh doanya mengandungi selawat kepada Baginda Nabi. Lalu Rasulullah bersabda:
إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ
“Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)

4. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah. Allah dan para malaikat turut mengucapkan selawat ke atas Nabi. Selawat bukan sahaja menjadikan kita lebih dekat dengan Rasulullah, bahkan dosa kita berupaya di ampunkan.

Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

1649974887708.png

1649974896267.png

1649974903328.png

1649974910293.png
 

Ustazah Asmak Husin​

4 April jam 5:45 PTG ·

SAYYIDUL ISTIGHFAR RINGAN DI LIDAH BERAT DI 'MIZAN'.
Begitulah besarnya kedudukan status amalan zikir dan sangat rugi di bulan Ramadan yang mulia ini kita mengabaikannya.
Zikir adalah amalan yang mudah untuk kita semua ke syurga ke syurga.
1f970.png

Petang ini jom sama-sama kita amalkan Sayyidul Istighfar dan jadikan amalan harian. Sayyidul Istighfar adalah zikir yang sangat istimewa kerana maknanya mengandungi hubungan yang erat antara hamba dan Tuhannya.
Pengakuan sang hamba atas kesilapannya.
Mengakui segala nikmat dari Allah yang Maha Pemurah.
Kerana itu kita perlu sentiasa memohon perlindungan kepada Allah agar nikmat tersebut terpelihara dan dirahmati.
Jom kumpulkan siri zikir dan doa untuk diamalkan sepanjang Ramadan
1f917.png

#InspirasiRamadan
#SekeluargaMenujuSyurga
#CircleUstazahAsmakHusin

1650583042664.png
 

Dr Ahmad Sanusi​

3j ·

Jangan Tinggal Selawat Pada Nabi
========
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Baginda Nabi akan disampaikan kepada Nabi sendiri. Dalam erti kata yang lain, Baginda tahu kita berselawat. Sabda Rasulullah:
عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتكُمْ تبلغني حَيْثُ كُنْتُم
“Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada.” (Sunan Abu Daud - dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar)

2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Mula Ali al-Qari menukilkan padandangan al-Imam al-Tiibi yang seakan menjelaskan bahawa para malaikat menyampaikan kepada Baginda tentang selawat yang dibacakan buat dirinya. (Fayd al-Qadir)

3. Begitulah hebatnya kedudukan selawat ke atas Nabi. Dalam al-Quran sendiri menjelaskan bagaimana Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi.

4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah:
أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً
“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)

5. Dengan itu, perbanyakkanlah selawat ke atas Rasulullah. Amalkanlah sunnah Baginda Nabi sebagai tanda kasih kepada Rasulullah.
Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

1652407078668.png
 
Back
Top
Log in Register