BTC USD 95,776.2 Gold USD 2,700.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell FACEMASK Direct Kilang, Dijahit & Dibuat Di Malaysia, Ready Stock April 2020

i4u

Legendary Member
gem
Messages
17,424
Joined
Sep 13, 2010
Messages
17,424
Reaction score
83
Points
130
Salam semua,

Kami ada membekalkan facemask jenis kain direct dari kilang, jahit & buat di Malaysia, ready stock

Ciri-ciri Facemask VIRAL :

-Cloth
-Free size
-Reusable
-Washable
-Unisex
-Double layer cloth stitch

Kelebihan Facemask VIRAL :

-Kualiti baik
-Pelbagai corak
-Sesuai dijadikan hadiah
-Harga berpatutan
-Lebih jimat
-Selesa pakai sepanjang masa

Harga pasaran rm8-10/pcs

Harga kami rm5/pcs (Plain hitam)
Harga borong rm4/pcs (min 30pcs)
*Exclude postage
*Area Gombak, KL

rm6/pcs (Corak Pelbagai)
borong rm5/pcs (min 30pcs mix corak)

*Exclude postage

Hubungi kami >> wasap.my/60126376515 << En Muhammad



TK
 
Last edited:
Sponsored Post

Gambar Facemask Kain Color Hitam Plain



1584525787909.png


1584525837327.png
 
Last edited:
PKP DILANJUTKAN 2 MINGGU LAGI! BAGAIMANA NASIB MEREKA YANG TIDAK MAMPU UNTUK MENYEDIAKAN MAKAN MINUM UNTUK KELUARGA AKIBAT KEHILANGAN PENDAPATAN?

Saya yakin ramai diantara rakyat Malaysia menyokong usaha kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan demi untuk menghentikan penularan Virus Covid 19 ini. Bagi mereka yang mempunyai kerja tetap seperti kakitangan awam, pekerja di syarikat swasta dan peniaga-peniaga yang kukuh kedudukan kewangannya serta mereka yang mempunyai simpanan untuk digunakan ketika saat-saat getir kini, pasti tidak membantah pengumuman Perdana Menteri untuk melanjutkan PKP lagi 2 minggu.

Habis kuat, mereka hanya perlu berhadapan dengan stress kerana terpaksa memerap dirumah, namun sudah pasti mereka berasa lega apabila kerajaan berjaya membuat bank-bank menangguhkan pembiayaan hutang mereka selama 6 bulan, membenarkan pengeluaran dari akaun 2 KWSP dan pelbagai insentif lain yang kerajaan sediakan bagi meringankan beban mereka.

Namun apa yang membimbangkan saya, apa akan jadi dengan peniaga-peniaga kecil dan rakyat biasa yang selama ini berkerja untuk menyara keluarga umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Bagaimana dengan nasib mereka yang makan gaji hari, gaji ikut jam atau mereka yang membanting tulang empat kerat dan dibayar upah hanya sekiranya mereka berkerja?

Kesengsaraan ini bukan hanya dirasai oleh golongan B40, malah ramai golongan M40 turun terkesan terutamanya mereka yang kehilangan pendapatan akibat penurunan hasil jualan atau mereka yang bukan didalam kategori "perkhidmatan penting". Kehidupan dua minggu pertama sudah cukup perit sehinggakan ada yang mula memanjat pusat pungutan zakat apabila panggilan telefon mereka sudah tidak mampu lagi dilayani oleh Pusat Pungutan Zakat.

Cabaran kerajaan untuk tempoh dua minggu berikutnya perlaksanaan PKP ini mungkin bukan soal untuk memastikan rakyat kekal dirumah, tetapi lebih untuk memastikan dapur disetiap rumah terus berasap. Adalah penting untuk memastikan perkhidmatan "Ar Rahnu" atau Pajak Gadai Islam, Cash Converter dan pelbagai kemudahan lain yang membolehkan rakyat menukar saki baki aset yang mereka ada kepada tunai bagi memastikan mereka boleh terus menyediakan keperluan asas untuk keluarga mereka.

Tentu kita tidak mahu kedai-kedai yang ditutup kini dipecah masuk dan seterus berlakunya peningkatan kadar jenayah. Sungguhpun bantuan kewangan seperti BSH melibatkan implikasi kewangan yang begitu besar, suka tidak suka, kerajaan perlu mencari jalan bagaimana setiap kekuarga yang memerlukan dapat dibantu atau diberikan pinjaman mikro sebanyak RM500 sebulan sepanjang tempoh PKP ini tanpa sebarang cagaran. Walaupun panjang mana saya tulis, tidak mungkin saya dapat mengambarkan keperitan sebenar sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini ketika kehilangan kebolehupayaan untuk menjana pendapatan harian seperti biasa.

Akhir sekali, ingin saya menyarankan agar kerajaan menimbang semula langkah pencegahan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang saya lihat banyak mengambil kira pendapat World Health Organization. Pengalaman negara-negara lain seperti China menunjukkan ada pembawa Covid19 langsung tidak menunjukkan simptom-simptom walaupun sudah 14 hari mereka disahkan positive Covite19.

Ini jelas menunjukkan bahawa saranan WHO yang turut digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa hanya mereka yang mempunyai simptom Covid19 perlu memakai "mask" adalah tidak berapa tepat. Sekiranya Malaysia mahu memastikan usaha menangani Covid19 ini benar-benar berkesan, semua rakyat perlu diwajibkan memakan "mask" 3 lapisan atau setidak-tidaknya menutup hidung dan mulut mereka menggunakan tuala, t-shirt atau apa jua jenis kain yang agak tebal setiap kali mereka keluar rumah.

Walaupun ianya kurang berkesan berbanding "mask" 3 lapisan, setidak-tidaknya ianya dapat mengurangkan penyebaran virus tersebut. Menjarakkan diri diantara satu sama lain "social distancing" sudah pasti lebih berkesan sekiranya orang yang beratur dihadapan kita juga memakai "mask" seperti kita.


DATO' LOKMAN ADAM
Presiden
Laskar Siber Malaysia
25hb Mac, 2020
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register