EU akan desak G20 ambil tindakan kepada Libra Facebook dan mahukan pindaan terhadap cukai teknologi
BRUSSELS : Menteri-menteri kewangan Kesatuan Eropah menyeru rakan sejawat mereka pada Persidangan G20 pada pertengahan Oktober ini bahawa tindakan terhadap peraturan global amat diperlukan untuk "stablecoins" seperti Facebook Libra, menurut dokumen EU (Kesatuan Eropah).
Barisan menteri yang secara rasminya akan meluluskan teks tersebut minggu depan, juga mahukan supaya ahli G20 memperbaharui/meminda cukai mereka terhadap syarikat digital pada tahun 2020 dan menyelesaikan dengan segera perang dagangan yang "meletakkan pertumbuhan global kepada risiko”, menurut rujukan-terma pada dokumen tersebut.
"Perkembangan terkini mengenai “stablecoins” dan pelbagai aspek pengawalseliaan, pengurusan dan cabaran penyeliaan ini menjadi gambaran menyeru supaya kerjasama berterusan dan tindakan bersepadu diperingkat global," EU akan membincangkannya dalam Persidangan Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor-Gabenor Bank Pusat G20 yang akan berlangsung di Washington pada 17-18 Oktober.
Libra yang dirangka oleh Facebook adalah paling terkenal diantara “stablecoins” – wang kripto yang disokong oleh aset seperti deposit wang tradisional, sekuriti kerajaan jangka pendek atau emas.
Pemimpin tertinggi EU Perancis dan Jerman telah mengkritik projek Facebook, mengatakan ia menimbulkan risiko kepada bidang kuasa negara-negara EU.
Bank Pusat Eropah juga telah meminta supaya pengawasan ketat terhadap Libra dan akan membentangkan laporan mengenainya pada Persidangan G20, kata pegawai EU.
Pada persidangan tersebut, para menteri EU juga akan mengulangi amaran mereka mengenai ketegangan perdagagan yang mengakibatkan ekonomi global terganggu.
"Ketegangan perdagangan yang sedang berlaku sangat perlu diberi perhatian dan meletakkan pertumbuhan global kepad risiko," menurut dokumen tersebut. Ia telah dirancang sebelum ini disebabkan ketegangan perdagangan antara EU dan Amerika Syarikat semakin meningkat ketika A.S mengenakan tarif baru ke atas barangan EU yang membawa pertikaian terhadap subsidi pesawat EU.
Pegawai EU berkata teks itu tidak akan diubah, kerana terdapat desakan supaya tindakan segera dapat dilakukan bagi menyelesaikan perang dagangan.
Menteri-menteri EU juga akan mengulangi keperluan bagi perjanjian global untuk membaik pulih cukai syarikat-syarikat digital pada tahun 2020, menurut dokumen tersebut. Suruhanjaya EU, cabang eksekutif blok itu berkata, EU akan bergerak sendiri jika tidak ada perjanjian global yang dicapai sehingga tarikh akhir yang ditetapkan.
Anggota blok 28 negara itu akan menggesa langkah yang lebih tegas terhadap pihak yang mengelak cukai di peringkat global, termasuk peraturan pendedahan mandatori untuk perantara cukai, seperti bank dan akauntan, dan kebenaran terhadap negara yang tidak dikenakan/rendah cukai.
Kesatuan Eropah ditetapkan untuk mengemaskinikan senarai hitam negara yang tidak dikenakan/rendah cukai minggu depan, mengecilkannya kepada sembilan yang dikuatkuasakan dengan rancangan untuk menyingkirkan Uni Emirat Arab dan Kepulauan Marshall dari senarai.
==============================================================================
EU to urge G20 response on Facebook's Libra, calls for tech tax reform
BRUSSELS : European Union finance ministers will tell their counterparts at a G20 meeting in mid-October that a global regulatory response is needed to "stablecoins" such as Facebook's Libra, an EU document said.
The ministers, who will formally approve the text next week, are also calling on G20 partners to reform their taxation of digital companies in 2020 and to urgently address trade tensions which "put global growth at risk", the terms-of-reference document said.
"Latest developments with regard to stablecoins and the multi-faceted regulatory, oversight and supervisory challenges these represent, call for seamless cooperation and concerted response at global level," the EU will tell G20 partners at a meeting of finance ministers and central bankers in Washington on Oct 17-18.
Facebook's planned Libra is the most well-known of the stablecoins — cryptocurrencies backed by assets such as traditional money deposits, short-term government securities or gold.
EU heavyweights France and Germany have criticized Facebook's project, saying it posed risks to EU states' sovereignty.
The European Central Bank has also called for strict oversight of Libra and will present a report on it at the G20 meeting, EU officials said.
At the meeting, EU ministers will also reiterate their warnings that trade tensions are disrupting the global economy.
"Current trade tensions are a source of great concern and put global growth at risk," the document said. It was prepared before the latest escalation in the trade tensions between the EU and the United States that has paved the way for new U.S. tariffs on EU goods in a dispute over EU aircraft subsidies.
Officials said the text would not be changed, as it already called for urgent action to resolve trade disputes.
EU ministers will also reiterate the need for a global deal to overhaul the taxation of digital firms in 2020, the document said. The EU Commission, the bloc's executive arm, has said the EU would move alone if no global agreement was reached by the set deadline.
The 28-nation bloc will urge stronger measures against tax avoidance at the global level, including mandatory disclosure rules for tax intermediaries, such as banks and accountants, and sanctions for tax havens.
The EU is set to update its blacklist of tax havens next week, shrinking it to nine jurisdictions with the planned removal of the United Arab Emirates and the Marshall Islands .
Sumber : the edge markets