Dibawah adalah antara komen2 menarik yang boleh kita lihat dari penyokong2 DSAI.. saya cuma boleh berkata ini:
"wahai saudara2 ku.. kita pernah sekapal.. cuma yang membezakan kita ialah sejauh mana dan seawal mana perjuangan kita bersama DSAI... saya bersama DSAI sejak dari 90an.. mungkin anda kata DSAI lah yang patut kita sokong.. bagi saya dan ramai lagi ornag2 kuat parti yang telah pun meninggalkan DSAI tahu bahawa se-nya ianya hanyalah mainan politik..
kalau dulu kita semua memperjuangkan ketidakadilan yg menghukum DSAI dengan sebegitu kejam sekali.. tetapi sekarang setelah beliau keluar, perjuangan apa yang beliau inginkan.. mana perginya kawan sejati, mana perginya perjuangan kita.. adakah setelah diri terselamatkan dari jerat, kami diludah dan dipinggirkan.. yea dulu kami kuat, kami semua punyai kelebihan kami sendiri, kekayaan, wang, harta, kedudukan, pangkat, darjat dan pengikut kami sendiri yang boleh beliau pergunakan untuk melepaskan dirinya dari jerat politik yang hina... tapi kini, setelah segalanya hilang, kami tak punya apa, kami macam sampah bagi beliau..
DSAI dengarlah, Datok mungkin boleh tersenyum lebar dengan ramainya penyokong BARU yang telah Datok wayangkan sepertimana kami dahulu.. tetapi ingatlah.. Allah itu maha adil.. sekuat mana pun yang mungkin Datok sangkakan.. kuat lagi kekuasan ilahi..
wahai saudara2 ku sekalian.. kita pernah sekapal.. "
Kesimpulannya: Politik tetap politik. Samaada kita memainkan atau dimainkan.. apapun yang penting bukannya parti/individu tertentu, tetapi perjuangan sejati kita.. Ingatlah perjuangan kita masih belum selesai..