Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
entah la.....DSAI tu diam je.....

Saya juga tak nak menyebelahi mana2 pihak.. seperti yang saya nyatakan di dalam post2 terdahulu di thread lain, saya pun pernah masuk PKR. Dulu zaman 90an memang yea saya perjuangkan bersama Keadilan untuk cuba menegakkan keadilan terutamanya diatas ketidakadilan tuduhan liwat terhadap DSAI. Tetapi sekarang ni saya dah nampak kelainan dalam perjuangannya. Saya rasakan ianya dah lari & menyimpang jauh.
Tak perlulah saya detailkan kenapa saya keluar PKR tetapi saya rasa ramai yang boleh berfikir sendiri lebih2 lagi bila ramai ornag kuatnya sendiri dah keluar parti. Kalau seornag dua mungkin OK lagi, mungkin bila sesetengah ornag mengatakan kerana wang, well... mungkin ada benarnya. Tetapi pada pandangan saya yang hina ni, yang cuma mampu sekolah pondok sahaja, rasanya seperti tak mungkin sebab wang sahaja..:-?
Saya ada pengalaman saya sendiri mengapa saya keluar parti. Tapi tak perlulah saya perbesarkan kerana siapalah saya, cuma kucing kurap parti aja..
So dalam isu Ezam & DSAI, boleh kita sandarkan kerana ada kekuatannya sendiri, kerana Ezam, seperti jua Azmin adalah ornag terkuat, terkanan DSAI.. Dari pelbagai hujah diberikan dalam pelbagai blog kita boleh baca pelbagai andaian & jawapan mengapa Ezam keluar parti.. tapi saya rasa saya dah jumpa perkara UTAMA & PERTAMA sekali yang menyebabkan berputiknya perpecahan dan seterusnya menjuruskan kepada kenapa Ezam keluar parti.. dan sebab ini jua lah yang saya rasa mengapa ramai bukan sahaja penyokong kuatnya malah bekas2 penyokongnya yang sama2 di ISA kan juga keluar parti dan meninggalkan DSAI..
Saya nak terangkan pun susah, maybe anda boleh baca sendiri ceritanya di sini....
http://72.14.235.104/search?q=cache...11329+Ezam+mencabar+Anwar&hl=en&ct=clnk&cd=22
Bagi saya satu ayat sahaja yang boleh saya gambarkan buat DSAI;
"Orang tak mengenang budi"..