Sistem pembayaran baru tersedia untuk akaun ECN
Mulai September 2014, pemegang akaun ECN di EXNESS LIMITED (VC) akan boleh membuat deposit dan pengeluaran menggunakan kad bank dan pelbagai sistem pembayaran elektronik selain daripada pindahan bank.
Satu daripada ciri EXNESS yang menarik ialah banyak kaedah untuk membuat deposit dan pengeluaran untuk setiap jenis akaun. Pada masa ini, klien mempunyai akses kepada lebih daripada 30 cara untuk melakukan pindahan termasuk menerusi sistem pembayaran elektronik yang popular seperti WebMoney, Neteller dan Skrill (Moneybookers). Keuntungan boleh dikeluarkan kepada kebanyakan daripada sistem pembayaran ini dengan serta-merta dan tanpa komisen.
Pilihan baru untuk melakukan transaksi ke atas akaun ECN ini bermakna pedagang akan boleh membuat deposit dan pengeluaran dengan lebih cepat dan selesa.
Ketahui lebih lanjut mengenai cara untuk membuat deposit dan pengeluaran serta mengenai peraturan yang berkaitan.
03 Oct 2014
Siaran akhbar EXNESS
Penafian drp Exnes : Berdagang dalam CFD dan produk lain yang berkeumpilan melibatkan risiko kerugian yang tinggi