Platform ini mengambil kira keperluan pedagang moden yang berkaitan dengan pergerakan, antara muka yang mudah digunakan serta fungsi yang berkuasa. Setiap klien EXNESS boleh menggunakannya untuk mengakses versi web penuh terminal MetaTrader 4 yang biasa digunakan dengan pelbagai pilihan alatan untuk berdagang dan analisis teknikal.
EXNESS Webtrader membolehkan setiap pedagang mewujudkan persekitaran kerja yang selesa pada mana-mana komputer dan boleh digunakan pada mana-mana sistem pengendalian yang paling popular: Windows, Linux dan Mac OS. Berdagang pada platform baru hanya memerlukan sambungan Internet dan program yang dipasang untuk memainkan kandungan Flash (Adobe Flash Player).
Terminal web kini tersedia kepada klien dalam 11 bahasa : Inggeris, Sepanyol, Rusia, Arab, Jerman, Cina, Urdu, Perancis, Portugis, Vietnam dan Jepun. Anda boleh menghubungi sokongan klien EXNESS terus dari terminal, yang mana terdapat pakar berkelayakan yang sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan pedagang.
Untuk mencapai kejayaan kewangan, setiap klien mesti memiliki alatan canggih. Kerana inilah pakar EXNESS mencipta dan membangunkan teknologi inovatif untuk pasaran pertukaran asing - teknologi yang membolehkan pedagang berdagang secara profesional pada komputer desktop biasa serta pada pelbagai peranti mudah alih.
Sebelum menggunakan terminal web untuk kali pertama, anda mesti memasukkan kata laluan untuk akaun yang anda akan gunakan untuk berdagang. Anda boleh melakukannya dalam bahagian "Seting" pada akaun tersebut dalam Kawasan Peribadi.
Ketahui lebih lanjut mengenai EXNESS Webtrader dalam bahagian khas di laman web rasmi EXNESS.
Kata laluan yang ditetapkan untuk terminal web juga boleh digunakan untuk mengakses API Perdagangan EXNESS, yang membolehkan anda membangunkan aplikasi perdagangan anda sendiri.Semak
dokumentasi API pada laman web EXNESS.
Selain dari MT4, anda juga boleh gunakan webtrader untuk monitor dan trade di exness.
sesuai untuk pc di pejabat, cc, @ tempat dimana ada masalah untuk install mt4,
pastikan anda set password terlebih dahulu ye di dalam personal area > setting