Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
Keputusan ekspedisi WWF Rusia ke Artik yang ditaja oleh EXNESS dirumuskan
Ekspedisi "Spring Track 2015" ke Kepulauan Bear, yang dianjurkan setiap tahun oleh WWF Rusia telah diadakan pada bulan April. EXNESS menyokong inisiatif dana ini. Terima kasih atas kerjasama dengan syarikat kami, peralatan lapangan untuk pemeriksa dan pemantau telah dibeli dan serbuan anti pemburuan haram telah dianjurkan.
Pakar yang mengambil bahagian dalam penjelajahan Kepulauan Bear ini telah melakukan rondaan sejauh lebih daripada 2000 km menggunakan kenderaan salji dan traktor yang menggunakan luncur. Cuaca musim bunga tahun ini disifatkan sebagai suhu yang amat rendah dan angin yang amat sejuk dan kuat, yang menyukarkan lagi tugasan ini. Pada masa yang sama, cuaca yang amat sejuk ini menyumbang kepada lambatnya beruang betina keluar daripada sarangnya.
Semasa ekspedisi ini, pakar-pakar ini telah menjumpai anak beruang yang telah dilahirkan oleh sekurang-kurangnya sepuluh ekor beruang betina di Kepulauan Bear ini. Pada musim sejuk yang lalu, enambelas anak beruang kutub telah dilahirkan. Secara keseluruhannya, berpandukan jejak yang ditemui, sekurang-kurangnya 37 ekor beruang daripada pelbagai peringkat umur dan jantina telah datang ke kepulauan ini pada bulan April.
Ekspedisi ini berjaya dilakukan atas usaha dan penyertaan daripada ramai individu. "Spring Track" telah disokong oleh 4,600 orang penyokong WWF Rusia. Pakar EXNESS juga mempercayai bahawa amat penting untuk kita memulihara beruang kutub ini, di waktu populasi beruang kutub kian berkurangan setiap tahun akibat daripada pemburuan haram dan perubahan iklim. Projek ini sudah pasti membuktikan bahawa kejayaan memulihara populasi ini hanya dapat dicapai atas kolaborasi dan kerja berpasukan daripada dana dan individu yang prihatin.
Ketahui lebih lanjut tentang perkongsian di antara EXNESS dan WWF
Jurugambar: Viktor Nikiforov, WWF Rusia.