Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
JAN. 11, 2016
Rakan kongsi dan klien yang dihormati,
Kami amat berbesar hati dan teruja untuk mengumumkan bahawa Exness merupakan antara beberapa broker pertama yang memperkenalkan dan menyediakan MT4 versi web, WebTerminal, kepada pedagang. Ini bermaksud bahawa anda boleh log masuk menggunakan bukti kelayakan akaun anda yang sedia ada dan berdagang terus melalui WebTerminal pada laman web kami tanpa perlu memuat turun atau memasang sebarang program. Pendaftaran tambahan tidak diperlukan.
WebTerminal MetaQuotes menampilkan semua fungsi asas yang diperlukan untuk berdagang dengan cekap, termasuk sebut harga masa nyata, carta harga yang boleh diubah suai, pelbagai tempoh masa carta dan objek analisis asas. Selain itu, sebagai aplikasi web HTML5 yang dibangunkan oleh pencipta MT4, WebTerminal bukan sahaja mudah tetapi juga cepat dan selamat untuk digunakan.
MetaQuotes Software Corp., syarikat perisian terkemuka yang menghasilkan MT4 dan MT5 yang digunakan secara meluas dalam industri pertukaran asing, pakar dalam pembangunan perisian untuk pasaran kewangan. Sehingga kini, MT4 kekal sebagai platform perdagangan pertukaran asing paling popular di dunia.
Untuk cuba berdagang di WebTerminal, log masuk ke WebTerminal di sini.

