BTC USD 85,928.9 Gold USD 4,140.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EXNESS - exness.com

excard111_zpsxug8bht5.jpg


Dapatkan Excard Bagi Deposit Ke Akaun Exness Anda Hari Ini
Excard Adalah Kaedah Mudah Pendepositan Yang Unik Di Exness
Proses Yang Ringkas Dan Pantas Serta Keperluan MInimum Deposit Yang Rendah
Excard Telah Menjadi Pilihan Utama Trader Tempatan Sejak Sekian lama Di Exness
 
capture-20141228-125055_zpsacaa2cf8.png


Dapatkan Analisa Percuma Melalui Akses di Kabinet Peribadi Anda
Analisa Di Sediakan Oleh Trading Central Dan Di Kemaskini Harian
Jadikan Analisa Pasaran Seperti Ini Sebagai Rujukan Anda Bagi Dagangan Yang Lebih Menguntungkan
 
12524037_1294218763937385_3646898344067632056_n.jpg



Tidak ada yang salah dalam berdagang dengan akaun sen dan bereksperimen dengan strategi perdagangan yang unik sebelum bersedia meneroka ke dalam perdagangan profesional.
Meneroka pasaran dan trading strategi dan mempersiapkan diri anda untuk perdagangan pakar dengan akaun Cent Exness.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EXNESS di sini:
Account Cent Exness
​
 
DNVWRGO.png


EXNESS mengambil berat berkenaan anda.. Live chat di dalam bahasa melayu
ianya sepanjang masa. 24 jam. Tiada lagi masalah komunikasi
Jika perlukan bantuan boleh berhubung dgn live chat
​


Penafian drp Exnes : Berdagang dalam CFD dan produk lain yang berkeumpilan melibatkan risiko kerugian yang tinggi
 
Get instant commission free deposits and withdrawals with Neteller. Deposit with as little as $10 and withdraw at a maximum of $2100. Learn more about Neteller :

ztsv_EGl.png
 
Kumpulan EXNESS mengumumkan volum dagangan untuk Q3 2015

520x344_2610.jpg


OCT. 23, 2015

Kumpulan EXNESS mengumumkan hari ini volum dagangan berjumlah US$599.3 bilion untuk Q3 2015. Walaupun terdapat peningkatan dari tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama tahun lalu, prestasi Q3 masih menunjukkan penurunan sebanyak 9% berbanding volum dagangan Q2 iaitu sebanyak US$660.5 bilion.

Selain tempoh yang agak sunyi dalam Q3, ketidaktentuan pasaran saham yang ketara terbukti menyebabkan tahap penarikan diri klien yang tinggi dan merupakan faktor yang menyumbang kepada kurangnya minat dalam perdagangan pertukaran asing. Ramai klien konservatif memilih untuk menukar portfolio mereka kepada instrumen pendapatan tetap dalam jangka masa ketidaktentuan ke atas dasar kewangan yang lebih ketat di AS dan kadar pertumbuhan ekonomi China pada masa hadapan.

Melihat kepada Q4 2015, Kumpulan EXNESS menjangkakan pertumbuhan dalam ketidaktentuan pasaran pertukaran asing. Selain itu, Kumpulan ini meramalkan peningkatan dalam volum dagangan disebabkan oleh kemungkinan ECB dan Bank of Japan meluaskan program pembelian aset mereka, serta peningkatan terhadap kadar faedah utama di AS dalam bulan Disember.

George Tsaparillas, Pengarah Strategi Global dan Pembangunan Perniagaan di Kumpulan EXNESS, mengulas: "Usaha syarikat yang berterusan serta komitmen ke arah ketelusan dalam sektor ini diberi penghargaan oleh kliennya. Hal ini dapat dilihat dalam pertumbuhan syarikat yang stabil sepanjang beberapa tahun yang lalu. Kumpulan EXNESS komited untuk meneruskan kempennya berkenaan ketelusan serta kejujuran dan pada masa yang sama, sentiasa meningkatkan pengalaman perdagangan kliennya."

Volum Dagangan, Pengeluaran Klien serta Pengiraan dan Pengesahan Ganjaran Rakan Kongsi (01 July 2015 - 30 September 2015)
 
http://www.youtube.com/watch?v=SD13nemD4Do

EXNESS: professionals in the trading sphere. We have created a rock-solid platform for uplifting your ambitions, an ideal working environment for traders of any level. We give you the possibility of focusing on self-development, since itís very important to gain further success after a good start.x
 
EXNESS Web Terminal

webtrader.jpg

​


Platform ini mengambil kira keperluan pedagang moden yang berkaitan dengan pergerakan, antara muka yang mudah digunakan serta fungsi yang berkuasa. Setiap klien EXNESS boleh menggunakannya untuk mengakses versi web penuh terminal MetaTrader 4 yang biasa digunakan dengan pelbagai pilihan alatan untuk berdagang dan analisis teknikal.

EXNESS Webtrader membolehkan setiap pedagang mewujudkan persekitaran kerja yang selesa pada mana-mana komputer dan boleh digunakan pada mana-mana sistem pengendalian yang paling popular: Windows, Linux dan Mac OS. Berdagang pada platform baru hanya memerlukan sambungan Internet dan program yang dipasang untuk memainkan kandungan Flash (Adobe Flash Player).

Terminal web kini tersedia kepada klien dalam 11 bahasa : Inggeris, Sepanyol, Rusia, Arab, Jerman, Cina, Urdu, Perancis, Portugis, Vietnam dan Jepun. Anda boleh menghubungi sokongan klien EXNESS terus dari terminal, yang mana terdapat pakar berkelayakan yang sentiasa bersedia untuk menjawab pertanyaan pedagang.

Untuk mencapai kejayaan kewangan, setiap klien mesti memiliki alatan canggih. Kerana inilah pakar EXNESS mencipta dan membangunkan teknologi inovatif untuk pasaran pertukaran asing - teknologi yang membolehkan pedagang berdagang secara profesional pada komputer desktop biasa serta pada pelbagai peranti mudah alih.

Sebelum menggunakan terminal web untuk kali pertama, anda mesti memasukkan kata laluan untuk akaun yang anda akan gunakan untuk berdagang. Anda boleh melakukannya dalam bahagian "Seting" pada akaun tersebut dalam Kawasan Peribadi. Ketahui lebih lanjut mengenai EXNESS Webtrader dalam bahagian khas di laman web rasmi EXNESS.

Kata laluan yang ditetapkan untuk terminal web juga boleh digunakan untuk mengakses API Perdagangan EXNESS, yang membolehkan anda membangunkan aplikasi perdagangan anda sendiri.Semak dokumentasi API pada laman web EXNESS.

Selain dari MT4, anda juga boleh gunakan webtrader untuk monitor dan trade di exness.
sesuai untuk pc di pejabat, cc, @ tempat dimana ada masalah untuk install mt4,
pastikan anda set password terlebih dahulu ye di dalam personal area > setting
​







Penafian drp Exnes : Berdagang dalam CFD dan produk lain yang berkeumpilan melibatkan risiko kerugian yang tinggi
 
Exness melanjutkan perkongsian dengan Infiniti Red Bull Racing

RBR_copy2.jpg


DEC. 7, 2015

Rakan kongsi dan klien yang dihormati,

Kami berbesar hati untuk mengumumkan lanjutan perkongsian kami dengan Infiniti Red Bull Racing dan kami tidak sabar-sabar untuk menghadapi musim hadapan yang jauh lebih menggembirakan.

"Perkongsian dengan IRBR tidak kurang hebatnya dan telah terbukti merangsang kedua-dua pasukan dengan lebih bertenaga untuk mencapai kecemerlangan. Saya percaya bahawa melalui perkongsian bersama, kami boleh mencapai hasil yang jauh lebih hebat dan inilah sebabnya kami telah mengambil keputusan untuk melanjutkan perkongsian kami dengan Infiniti Red Bull Racing selama setahun lagi," kata Petr Valov, Ketua Pegawai Eksekutif Exness.

"Kami berasa gembira untuk meneruskan perkongsian kami dengan Exness," tambah Christian Horner, ketua pasukan Infiniti Red Bull Racing. "Sebagai sebuah pasukan, kami berkongsi prinsip yang serupa dengan Exness. Pendekatan kami adalah untuk melakukan perkara melalui cara yang berbeza, dengan komitmen yang kukuh terhadap kualiti dan kecemerlangan. Kami menanti-nantikan lanjutan perkongsian kami pada musim yang akan datang."

Bersempena dengan lanjutan perkongsian, kami akan melancarkan satu siri aktiviti bagi merangsang tahun 2016 anda. Kekal bersama kami untuk mendapatkan butiran lanjut!

rbr_copy.jpg
 
Keputusan ekspedisi WWF Rusia ke Artik yang ditaja oleh EXNESS dirumuskan


DSC_1247.jpg


Ekspedisi "Spring Track 2015" ke Kepulauan Bear, yang dianjurkan setiap tahun oleh WWF Rusia telah diadakan pada bulan April. EXNESS menyokong inisiatif dana ini. Terima kasih atas kerjasama dengan syarikat kami, peralatan lapangan untuk pemeriksa dan pemantau telah dibeli dan serbuan anti pemburuan haram telah dianjurkan.

Pakar yang mengambil bahagian dalam penjelajahan Kepulauan Bear ini telah melakukan rondaan sejauh lebih daripada 2000 km menggunakan kenderaan salji dan traktor yang menggunakan luncur. Cuaca musim bunga tahun ini disifatkan sebagai suhu yang amat rendah dan angin yang amat sejuk dan kuat, yang menyukarkan lagi tugasan ini. Pada masa yang sama, cuaca yang amat sejuk ini menyumbang kepada lambatnya beruang betina keluar daripada sarangnya.

Semasa ekspedisi ini, pakar-pakar ini telah menjumpai anak beruang yang telah dilahirkan oleh sekurang-kurangnya sepuluh ekor beruang betina di Kepulauan Bear ini. Pada musim sejuk yang lalu, enambelas anak beruang kutub telah dilahirkan. Secara keseluruhannya, berpandukan jejak yang ditemui, sekurang-kurangnya 37 ekor beruang daripada pelbagai peringkat umur dan jantina telah datang ke kepulauan ini pada bulan April.

Ekspedisi ini berjaya dilakukan atas usaha dan penyertaan daripada ramai individu. "Spring Track" telah disokong oleh 4,600 orang penyokong WWF Rusia. Pakar EXNESS juga mempercayai bahawa amat penting untuk kita memulihara beruang kutub ini, di waktu populasi beruang kutub kian berkurangan setiap tahun akibat daripada pemburuan haram dan perubahan iklim. Projek ini sudah pasti membuktikan bahawa kejayaan memulihara populasi ini hanya dapat dicapai atas kolaborasi dan kerja berpasukan daripada dana dan individu yang prihatin.

Ketahui lebih lanjut tentang perkongsian di antara EXNESS dan WWF

dsc_1098_NWwECbA.jpg


dsc_0309.jpg


dsc_0621.jpg


Jurugambar: Viktor Nikiforov, WWF Rusia.
​
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12218
USD / JPY
157.909
GBP / USD
1.32215
USD / CHF
0.83087
USD / CAD
1.42626
EUR / JPY
177.220
AUD / USD
0.69721
Back
Top
Log in Register