Exness melanjutkan perkongsian dengan Infiniti Red Bull Racing
DEC. 7, 2015
Rakan kongsi dan klien yang dihormati,
Kami berbesar hati untuk mengumumkan lanjutan perkongsian kami dengan Infiniti Red Bull Racing dan kami tidak sabar-sabar untuk menghadapi musim hadapan yang jauh lebih menggembirakan.
"Perkongsian dengan IRBR tidak kurang hebatnya dan telah terbukti merangsang kedua-dua pasukan dengan lebih bertenaga untuk mencapai kecemerlangan. Saya percaya bahawa melalui perkongsian bersama, kami boleh mencapai hasil yang jauh lebih hebat dan inilah sebabnya kami telah mengambil keputusan untuk melanjutkan perkongsian kami dengan Infiniti Red Bull Racing selama setahun lagi," kata Petr Valov, Ketua Pegawai Eksekutif Exness.
"Kami berasa gembira untuk meneruskan perkongsian kami dengan Exness," tambah Christian Horner, ketua pasukan Infiniti Red Bull Racing. "Sebagai sebuah pasukan, kami berkongsi prinsip yang serupa dengan Exness. Pendekatan kami adalah untuk melakukan perkara melalui cara yang berbeza, dengan komitmen yang kukuh terhadap kualiti dan kecemerlangan. Kami menanti-nantikan lanjutan perkongsian kami pada musim yang akan datang."
Bersempena dengan lanjutan perkongsian, kami akan melancarkan satu siri aktiviti bagi merangsang tahun 2016 anda. Kekal bersama kami untuk mendapatkan butiran lanjut!