BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Exco S'gor diugut samseng berparang

tapailepat

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
647
Joined
May 6, 2013
Messages
647
Reaction score
0
Points
10
AMPANG: Exco kerajan Selangor, Ir. Iskandar Abdul Samad mendakwa telah diugut sekumpulan samseng berparang yang dipercayai ada kaitan dengan isu penguatkuasaan terhadap gerai haram di Kg Pandan.

Menurutnya, ianya bermula apabila pihak berkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) cuba menghantar notis kepada sebuah gerai haram di sini pada 22 Julai lepas.

Kemudian, setibanya di gerai itu, penguatkuasa tersebut telah diserang oleh tujuh orang lelaki bersenjatakan parang.

Bagaimanapun menurut Iskandar, penguatkuasa itu sempat lari namun cermin kenderaan mereka telah dipecahkan dan tayar kereta mereka telah dipotong oleh samseng terbait.

Selepas kejadian itu katanya, Ahli Majlis zon tersebut, Mohd Fauzi Khamis pula telah diugut samseng terbait.

"Malam tadi Fauzi telah memberitahu bahawa beliau diminta untuk menyampaikan mesej dari pihak yang menyerang penguatkuasa itu supaya saya berhati-hati.

"Kemungkinan besar ugutan-ugutan ini dibuat supaya kami tidak membangkitkan isu gerai-gerai haram di Kg Pandan," katanya kepada Harakahdaily.

Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri berkata, kawasan Kg Pandan dibanjiri dengan gerai-gerai dan premis-premis perniagaan haram warga asing.

Malah katanya, ada di antara mereka yang menyewa dari orang tempatan.

Menurut Iskandar lagi, terdapat juga kafe siber tanpa lesen yang beroperasi 24 jam di sana.

"Apabila MPAJ hendak bertindak mereka diserang dengan parang. Maklumat operasi mereka dipercayai telah dibocorkan oleh orang dalam.

"Di mana kumpulan lelaki berparang itu mendapat maklumat tarikh dan masa kedatangan MPAJ?" soalnya.

Sehubungan itu beliau meminta polis Ampang agar segera bertindak memandangkan serangan tersebut sudah tujuh hari berlalu.

"Telah lebih 7 hari sejak kejadian serangan tetapi rakyat masih tidak dapat melihat sebarang tindakan yang meyakinkan.

"Jika polis dan MPAJ gagal bertindak maka Kg Pandan akan menjadi kawasan tanpa undang-undang," katanya.
 
grand desgn dr pihak tertentu utk meghalalkan undang2 rimba d aktakan kembli..syukur msia lebih aman dr amarikaaaaaa
 
kalau main parang parang ni
banyak dari puak lagi satu tu
 
kalu mai org berparang tu, kasi tembak je..apa takut...u penguatkuasa, ada kuasa..
 
kampung pandan dah mcm jakarta dah....biz abis kena konker dgn warga asing..dr perniagaan runcit, makanan sampailah ke kedai gunting....
 
kalu mai org berparang tu, kasi tembak je..apa takut...u penguatkuasa, ada kuasa..

polis tembak orang pn ramai bising tuan.. ni kan pulak penguatkuasa.. tembak tk boleh.. pergi buat kerja kena ligan dengan parang.. tk buat kerja orang kata tk buat kerja pulak..

susah kan pegawai kerajaan?.. tembak pn salah tk tembak pn salah.. tangkap pn salah buat tk tau pn salah..
 
polis tembak orang pn ramai bising tuan.. ni kan pulak penguatkuasa.. tembak tk boleh.. pergi buat kerja kena ligan dengan parang.. tk buat kerja orang kata tk buat kerja pulak..

susah kan pegawai kerajaan?.. tembak pn salah tk tembak pn salah.. tangkap pn salah buat tk tau pn salah..

tu la psl..susah, kan?wat keje slh, x wat keje pun slh..
 
Back
Top
Log in Register