TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
Dalam masa 2 bulan lagi, genap 3 tahun Carigold.com dalam dunia maya. Dalam masa hampir 3 tahun ni, terjadi beberapa evolusi tentang topik perbincangan utama di Carigold.com
Evolusi Pertama - Zaman Autosurf & HYIP
Bermula sejak hari pertama ditubuhkan, sehinggalah beberapa autosurf dan HYIP tumbang termasuk HYIP tempatan. Antaranya ialah StudioTraffic.com (autosurf), SolidInvestment.com (HYIP) dan banyak lagi. Tidak dilupakan, SwissCash yang pernah menggegarkan tanah air.
Evolusi Kedua - Zaman Forex
Zaman ini bermula sejak tumbangnya zaman autosurf & HYIP terutamanya selepas fatwa dari UZAR tentang keharaman perkara ini. Zaman ini masih dominan sehingga ke hari ini.
Evolusi Ketiga - Zaman Global Chat
Boleh dikatakan bermula sejak awal 2008, pelbagai topik diskusi diutarakan dan tidak berkenaan dengan perniagaan sahaja. Topik yang mendapat sambutan hangat ialah di bahagian Politik dan Misc Talk sehingga Carigold.com terpaksa memisahkan Misc Talk kepada dua bahagian iaitu Misc Talk sendiri dan Chit-Chat. Ini kerana, Misc Talk telah tersasar dari tujuan asal bahagian berkenaan.
Carigold.com berusaha untuk terus menjadi platform kepada semua pihak tanpa meninggalkan matlamat utama iaitu menjadi platform kepada diskusi perniagaan. Sehubungan dengan itu, diharap semua ahli dapat memberi kerjasama untuk meningkatkan kualiti posting. Sebagai contoh, elakkan sindir-menyindir yang boleh membawa kepada pergaduhan. Jangan bicara keluar dari tajuk perbincangan. Kurangkan bahasa-bahasa dalam selimut yang tidak enak didengar kerana forum ini mencakupi pelbagai golongan dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.
Yang penting, jangan jadi scammers #:-S
Terima kasih atas sokongan dari anda semua selama ini. Jaga diri, hiasi peribadi. Selamat berforum.![]()
BR zolympus
Administrator Carigold.com
Evolusi Keeempat - Zaman Media Sosial
Pengurusan CG sedang giat update forum untuk boleh menyaingi kemajuan media sosial
Biar boleh bergerak hampir seiring