BTC USD 83,840.0 Gold USD 4,165.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Evolusi dan Sejarah Forum carigold.com - CG

Dalam masa 2 bulan lagi, genap 3 tahun Carigold.com dalam dunia maya. Dalam masa hampir 3 tahun ni, terjadi beberapa evolusi tentang topik perbincangan utama di Carigold.com

Evolusi Pertama - Zaman Autosurf & HYIP
Bermula sejak hari pertama ditubuhkan, sehinggalah beberapa autosurf dan HYIP tumbang termasuk HYIP tempatan. Antaranya ialah StudioTraffic.com (autosurf), SolidInvestment.com (HYIP) dan banyak lagi. Tidak dilupakan, SwissCash yang pernah menggegarkan tanah air.

Evolusi Kedua - Zaman Forex
Zaman ini bermula sejak tumbangnya zaman autosurf & HYIP terutamanya selepas fatwa dari UZAR tentang keharaman perkara ini. Zaman ini masih dominan sehingga ke hari ini.

Evolusi Ketiga - Zaman Global Chat
Boleh dikatakan bermula sejak awal 2008, pelbagai topik diskusi diutarakan dan tidak berkenaan dengan perniagaan sahaja. Topik yang mendapat sambutan hangat ialah di bahagian Politik dan Misc Talk sehingga Carigold.com terpaksa memisahkan Misc Talk kepada dua bahagian iaitu Misc Talk sendiri dan Chit-Chat. Ini kerana, Misc Talk telah tersasar dari tujuan asal bahagian berkenaan.

Carigold.com berusaha untuk terus menjadi platform kepada semua pihak tanpa meninggalkan matlamat utama iaitu menjadi platform kepada diskusi perniagaan. Sehubungan dengan itu, diharap semua ahli dapat memberi kerjasama untuk meningkatkan kualiti posting. Sebagai contoh, elakkan sindir-menyindir yang boleh membawa kepada pergaduhan. Jangan bicara keluar dari tajuk perbincangan. Kurangkan bahasa-bahasa dalam selimut yang tidak enak didengar kerana forum ini mencakupi pelbagai golongan dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Yang penting, jangan jadi scammers #:-S

Terima kasih atas sokongan dari anda semua selama ini. Jaga diri, hiasi peribadi. Selamat berforum. :)cgrock

BR zolympus
Administrator Carigold.com

Evolusi Keeempat - Zaman Media Sosial

Pengurusan CG sedang giat update forum untuk boleh menyaingi kemajuan media sosial
Biar boleh bergerak hampir seiring :)
 
Ooo dh jmpe, mmg real la ye, tulen. Ok la tu, klu single lg bole dikenen2kn :D

Mujur aku dh brbini :)

hahha..real lah tuan...aku no komen lebih2...kan cek mek marah aku...

memang dia masih bujang pun...

aku ni kebetulan satu kursus dengan abang nya...tak tahu pun abang nya..tp dok berborak2 pasal isu semasa dan politik...

aku ada bgtahu abang nya ni...yang aku ada dok baca info di forum cg...dia pun cakap..adik nya pun ada dok lepak di cg...

dia cakap adik perempuannya...jadi aku pun tanya lah sapa....

baru aku tahu cerita....

masa tu aku tak kenal pun cek mek ni...hahahha

tahun lepas terserempak dgn abang nya kat kg d kenduri kahwin kebetulan raya...dia ajak jalan umah familynya...

kebetulan masa tu dah dekat dengan umah nya..jadi aku pegi lah...bawa family sekali...

masa tu lah kebetulan cek mek ada di rumah...ada juga lah kakak nya...

tak sembang pjng pun dgn cek mek..sbb aku dok sembang dgn abangnya...:D:D:D

lepas tu aku balik...x ada pun contact cek mek...sbb aku pun x aktif sgt tahun lepas...

bila tiba nak PRU lepas...aku aktif lah di thread politik...masa ni lah aku dok berhujah...hahahaha....layan politik...

sekali cek mek pun ada dok bagi hujah sana...

start situ aku tertarik dengan hujah dia ni...

sampai skrng jadi fans cek mek....admire sekali lah...hahaha..:D:D:D

gitu lah cerita nya lebih kurang....jangan salah sangka semua ya...

aku ni nampak aje serius..tp bila bab bergurau boleh tahan jugak bengong nya :)):)):)):))

sbb tu dalam dunia forum ni..orang boleh tulis apa saja pun pasal diri dia...x ada orng kenal pun...

tapi di dunia luar ko kenal orang ni baru tahu dia camana...

x semestinya betul pun apa yang dia cakap d forum..sehinggalah kita jumpa di real live dan kenal orang rapat nya baru kita tahu siapa dia sebenar...:):):)
 
Evolusi Keeempat - Zaman Media Sosial

Pengurusan CG sedang giat update forum untuk boleh menyaingi kemajuan media sosial
Biar boleh bergerak hampir seiring :)

sekarang ni evolusi ke-4 ya......:)cgrock:)cgrock:)cgrock

beruntungnya aku dapat semua merasa ke-4 evolusi ni :D:D:D:D
 
x byk evolusi pun sebenarnya.. ramai user cg tak le move on sistem baru..

Pernah try, abis kena revert style lama
 
Wah untunglah bro dah pernah jumpa dh kenal adik beradik cek mek.:)

Patutlah sungguh sungguh nak cek mek.ekekeke

Tunggu green light nak hntr rombongan cik kiah jelah ni..:D:))

Daus plak suka ngusik ko dgn cek mek..dia tu ntah bila nak kawin. Taste dia dahsyat jgk...:eek::)) yelah masing masing ada citarasa.

Tumpang gembira jelah korang korang yg dah ada plan ni..:)

hahaha..rilex semua jangan salah sangka....

aku dah jelas kan tu kat post sebelum nya...

x nak lah bgtahu aku kenal pun cek mek sebelum ni..lagi pun aku start berkawan dengan cek mek d forum aje....

baru thrill berforum...

kawan2 aje kita semua di forum..ada beberapa generasi di forum ni...

perlu ada gurauan..sendaloka baru happening....

nak lebih2 jumpa di dunia luar lah...:D:D:D:D
 
x byk evolusi pun sebenarnya.. ramai user cg tak le move on sistem baru..

Pernah try, abis kena revert style lama

ada dulu x ngam...balik semula template lama...

sbb tu aku cakap kat thread Dann tu...kekal kan simple...jgn terlalu crowded...

cuma kena fikirkan bagaimana forumer untuk bagi info dan respond terhadap info itu...

skrng ramai yang jadi silent reader...

pada pandangan aku..tetap berevolusi dari segi perwatakan forumer...jauh berbeza dari dulu sampai skrng...
 
thread jual beli kena perkemaskan lg..yg tu biasanya akan bg lbh rancak

pada aku dah ok...cuma kita masih kekurangan respond user di forum...

ada satu group FB yang aktif jual beli...

bila ko post satu produk...5 minit..produk ko post tu dah jauh ke belakang...

aktif gila group tu orang dok post....

tp ia group setempat saja...:D:D:D
 
Back
Top
Log in Register