BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Everton vs Brighton (2-0) : Everton mulakan era Hill Dickinson dengan bergaya

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146
3249100.webp

Ndiaye (kiri) meraikan jaringan bersama Grealish untuk gol pertama di Stadium Hill Dickinson pada Ahad. Foto Agensi

Everton membuka lembaran baharu Stadium Hill Dickinson di tebing Sungai Mersey dengan kemenangan 2-0 ke atas Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang disaksikan 51,759 penyokong.

Jack Grealish, yang membuat penampilan pertama sejak dipinjam daripada Manchester City, menjadi tonggak utama kemenangan pasukan kendalian David Moyes dengan mencipta dua peluang jaringan penting.

Gol pembukaan hadir pada minit ke-23 apabila hantaran silang Grealish disudahkan kemas Iliman Ndiaye.

Sebagai rekod, Ndiaye menjaringkan gol terakhir Everton di Goodison Park pada Mei 2025 disusulii gol pertama di gelanggang baharu Toffees ke atas The Seagulls kendalian Fabian Hürzeler.

Tujuh minit selepas rehat, Grealish sekali lagi mempamerkan magisnya apabila umpanannya disudahkan James Garner bagi menggandakan kelebihan tuan rumah.

Brighton berdepan kesukaran menembusi pertahanan Everton, dengan peluang terbaik disia-siakan termasuk Danny Welbeck, manakala Kaoru Mitoma dan Jan Paul van Hecke hanya menggegarkan palang gol.

Pada minit ke-74, Brighton berpeluang merapatkan jurang selepas penalti diberikan susulan bola terkena tangan Kiernan Dewsbury-Hall., namun sepakan Welbeck ditepis Jordan Pickford.
 
Back
Top
Log in Register