BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Brighton 2 - 1 Manchester City : Brighton bangkit di Amex

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
3258035.webp

Gruda wira Seagulls ketika berdepan Citizens di Amex. Foto Agensi

BRAJAN Gruda muncul penyelamat Brighton & Hove Albion apabila meledak gol minit ke-89 untuk memastikan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium American Express (Amex) pada Ahad.

Gol pemain tengah Jerman itu hadir selepas dia memperdaya James Trafford, sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama Brighton musim ini dan menjerumuskan City kepada kekalahan kedua berturut-turut.

Manchester City terlebih dahulu di depan menerusi Erling Haaland pada minit ke-34, menyaksikan penyerang Norway itu meraikan penampilan ke-100 dalam EPL dengan jaringan ke-88 peribadi.

Kebangkitan tuan rumah bermula pada minit ke-67 apabila James Milner tenang menyempurnakan sepakan penalti.

Jaringan itu menjadikan Milner, pada usia 39 tahun 239 hari, sebagai penjaring kedua tertua EPL selepas Teddy Sheringham. Ia juga merupakan gol pertamanya bersama Brighton dan yang pertama dalam liga sejak 2019.

Selepas gol penyamaan tersebut, Brighton semakin berani melancarkan serangan dan akhirnya mengesahkan tiga mata penuh apabila Gruda, bekas pemain Mainz, bijak menyudahkan peluang untuk gol ketiganya bersama Seagulls.
 
Back
Top
Log in Register