BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Eurofighter Typhoon BAE dipamer di LIMA

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 4 Dis. - BAE Systems, syarikat pertahanan dan keselamatan dunia, hari ini mengumumkan bahawa Eurofighter Typhoon akan dipamerkan pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) ke-11.

Eurofighter Typhoon, pesawat kombat pelbagai fungsi (MRCA) paling canggih di dunia, akan mengetengahkan keupayaannya dalam penerbangan pertunjukan.

Replika penuhnya akan dibuka untuk dipertontonkan kepada pengunjung LIMA, yang berlangsung dari 6 hingga 10 Disember ini.

Eurofighter kini digunakan oleh tentera udara Austria, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom dan Arab Saudi.

Pesawat itu dikeluarkan oleh BAE Systems dan tiga rakan Eropahnya, Cassidian Jerman dan Sepanyol, selain Alenia Aeronautica Itali.

Dengan LIMA 2011 dijangkakan yang terbaik dalam siri pamerannya, BAE Systems dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia merancang memperkukuh hubungan dan sokongan dalam pertahanan Malaysia pada masa akan datang dengan mempamerkan keupayaan senapang udara dan laut moden pada pameran itu.

"LIMA sentiasa merupakan acara penting dalam kalendar acara kami, setelah menyertai 11 pameran setakat ini.

"Ia merupakan acara yang penting dan platform utama BAE Systems memperkukuh hubungan dengan kerajaan Malaysia, menjalin hubungan yang memberi manfaat bersama dengan pemegang kepentingan industri serta mempamer pelbagai keupayaan kami," kata Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulan BAE Systems Alan Garwood dalam satu kenyataan.

Selain Eurofighter Typhoon, pengunjung ke LIMA berpeluang menyaksikan produk dan perkhidmatan utama BAE Systems, termasuk senapang Bofors 40 Mk4 40mm dan Q-SIGHT, serta topi kaledar canggih (HMD).

Kedua-duanya akan dipamerkan pertama kali di Asia Tenggara selain model Jet Pelatih Canggih Hawk, generasi terbaharu pesawat latihan paling berjaya di dunia.

Menerusi hampir 1000 pesawat dijual atau ditempah, Hawk diguna untuk melatih juruterbang dari lebih 20 negara di dunia, termasuk Malaysia.

Selain itu, senapang Bofors 57Mk3 dan Lemur, sistem persenjataan kawalan remote akan dipamerkan di ruang pameran Boustead.

Q-SIGHT akan dipamerkan di ruang Carl Zeiss Optronics, rakan BAE Systems dalam pembangunan HMD Systems berprestasi tinggi.

BAE Systems sudah wujud di Malaysia selama lebih 20 tahun menerusi pembukaan ibu pejabat serantau Asia Tenggara di Kuala Lumpur.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan BAE Systems di Malaysia, syarikat itu juga sedang mengenal pasti peranan pentingnya dalam ekonomi, teknologi dan pembangunan kapasiti di Malaysia bersama perusahaan kecil dan sederhana yang inovatif, agensi kerajaan serta institusi akademik utama. - BERNAMA
 
300px-Eurofighter_Typhoon_AUT.jpg

300px-Eurofighter_Typhoon_line_drawing.svg.png


kt negara2 ni je ade..
400px-Eurofighter_operators.png
 
Last edited:
ooh,skrg ni malaysia tgh pilih antara Superhornet, Typhoon dan Rafale,mmg la syarikat masing2 pamer jet2 diorang kat LIMA nnt,huhu
 
ooh,skrg ni malaysia tgh pilih antara Superhornet, Typhoon dan Rafale,mmg la syarikat masing2 pamer jet2 diorang kat LIMA nnt,huhu
kes ni jer.. kalau tak jgn harap nak bwk mai ke LIMA. kekeke..
 
kes ni jer.. kalau tak jgn harap nak bwk mai ke LIMA. kekeke..

:)).dulu2 pun ada bawa,,cuma skang digembar gemburkan sebab TUDM tengah sibuk nak cari pengganti MIG29N :))
 
Pandai Gen Tudm(lupa nama)..
Buat pengumuman mempertimbangkan Eurotyphon..hehehehe
xdenye Malaysia nk bli,3 spek dlm 1 pasukan(Rusia/USA/Euro) pergh..malapetaka TUDM...
 
sebelum tu dieorg ada dekat penang,memang nak memikat Malaysia suh beli Taipun sebagai penganti Mig...terbaik berlepas dgn short runway
 
Back
Top
Log in Register