BTC USD 83,220.0 Gold USD 4,114.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EURO EURO 2020-2021

I really want Belgium to win the Euro 2020. The main reason is that I am a big fan of Eden Hazard. He is a captain with his stunning performance. Belgium have the golden generation with them. They also have a good coach with them. Can they win the Euro 2020?

Belgium still one of favourite teamto win EURO
 
FBL-ENG-PR-ARSENAL-TOTTENHAM_1567440168.jpg


Pemain tengah Arsenal, Matteo Guendouzi ambil alih tempat Paul Pogba. - Foto AFP
​
Guendouzi ganti Pogba


PARIS: Bintang tengah Manchester United, Paul Pogba digantikan dengan Matteo Guendouzi dalam skuad kebangsaan Perancis bagi menghadapi Albania dan Andorra pada aksi kelayakan Euro 2020 susulan kecederaan buku lali.

Perkhabaran itu disahkan badan induk bola sepak Perancis, hari ini menjelang aksi Kumpulan H berkenaan.

Ketiadaan Pogba membuka ruang buat pemain Arsenal, Guendouzi, 20, untuk disenaraikan buat pertama kali oleh jurulatih, Didier Deschamps.

Perancis yang juga juara dunia akan menanti kunjungan Albania pada Sabtu ini dan Andorra, tiga hari kemudian.

Les Bleus ketika ini menghuni tangga teratas Kumpulan H selepas mengutip sembilan mata daripada empat perlawanan. - Reuters


 
wanbissak_1567551751.jpg


PERTAHANAN kanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka. - Foto Reuters
​
Wan-Bissaka tarik diri daripada skuad England


LONDON: Pertahanan kanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka menarik diri daripada skuad England yang akan berdepan Bulgaria dan Kosovo pada kelayakan Euro 2020 minggu depan kerana kecederaan belakang, awal pagi tadi.

Pemain berusia 21 tahun itu berada di landasan untuk membuat penampilan sulung bersama skuad senior selepas persembahan baik dalam empat aksi pertama sejak menyertai United dari Crystal Palace dengan harga £50 juta pound (RM254 juta) pada Jun.

“Aaron Wan-Bissaka menarik diri daripada skuad England,” kata Persatuan Bola Sepak England menerusi satu kenyataan.

“Pertahanan kanan Manchester United itu kembali ke kelabnya kerana masalah kecederaan belakang.

“Dengan Trent Alexander-Arnold dan Kieran Trippier sudah dimasukkan ke dalam senarai 24 pemain skuad Gareth Southgate, tiada rancangan untuk mencari penggantinya.”

England sudah semakin hampir layak ke Kejohanan Eropah tahun depan selepas membelasah Republik Czech dan Montenegro dalam dua aksi awal kelayakan.

Wan-Bissaka adalah seorang daripada empat pemain muka baharu dinamakan dalam skuad Southgate minggu lalu ketika bos England itu merancang untuk memberikan peluang kepada pemain muda dengan sasaran untuk menyerlah pada musim panas depan. - AFP


 
Back
Top
Log in Register