BTC USD 84,415.0 Gold USD 4,153.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EURO EURO 2020-2021

Info Dari UEFA EURO 2020

D2iYExBWsAA13XN.jpg

✅ France & Turkey with 2 wins from 2 in Group H...

Who will finish top? 🧐

#EURO2020
 
ronaldopenaik_1553571679.jpg

Tiada sebab untuk panik - Ronaldo


PARIS: Cristiano Ronaldo tetap yakin dengan kemampuan Portugal untuk layak ke Euro 2020 malah bertegas penyandang juara itu sepatutnya menang ke atas Serbia sekali gus mempersoal ketiadaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Tetapi bertemu Serbia, Ronaldo terpaksa meninggalkan padang seawal minit ke-30 susulan kecederaan otot yang menyaksikan keputusan berakhir seri 1-1.

Serbia terlebih dulu di depan pada minit ketujuh menerusi penalti yang disempurnakan Dusan Tadic sebelum tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan menarik Danilo Pereira pada minit ke-42.

Selepas seri tanpa jaringan menentang Ukraine, minggu lalu, Portugal ketika ini menghuni tangga ketiga Kumpulan B tetapi hanya dibezakan dua mata daripada pasukan teratas.

“Sejujur-jujurnya, saya fikir pasukan bermain dengan baik. Kami memperoleh banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak mampu melakukannya,” kata Ronaldo.

“Ia menyedihkan kerana kami seri dalam dua perlawanan tetapi saya melihatnya dengan positif dan berfikir pasukan bermain lebih baik hari ini berbanding menentang Ukraine.

“Kami mencipta lebih banyak untuk menjaringkan gol, melakukan apa saja untuk menang tetapi tidak berjaya melakukannya. Kami memperoleh penalti, yang amat jelas dan pengadil tidak memberikannya atau tidak melihatnya. Jadi secara keseluruhan pasukan beraksi dengan baik.”

Portugal berfikir mereka memperoleh penalti pada babak kedua apabila pertahanan Serbia, Antonio Rukavina menyentuh bola di kawasan penalti tetapi pengadil Szymon Marciniak secara kontroversi mengubah keputusan selepas berbincang dengan pembantunya.

Keputusan itu mencetus berang Ronaldo dan ketua jurulatih, Fernando Santos sekali gus mempersoalkan ketiadaan VAR.

“Jika kamu menggunakan VAR dalam semua kejohanan, mengapa tidak bagi kelayakan Euro? Ia aneh,” kata Ronaldo. “Tuah tidak memihak kami pada hari ini, sekali pun ia adalah penalti yang jelas dan pengadil patut memberikannya.”

Sambil mengakui tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai kecederaan yang dihadapinya, penyerang Juventus itu berkata dia dan rakan sepasukan akan melakukan apa saja bagi membolehkan Portugal beraksi di pusingan akhir Euro 2020.

“Kami akan melakukan apa saja bagi memastikan Portugal akan bermain di Euro 2020. Tiada sebab untuk gemuruh atau hilang kepercayaan terhadap pasukan ini.” - Agensi


https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/03/545467/tiada-sebab-untuk-panik-ronaldo
 
Info Dari UEFA EURO 2020

D2nfRCqWwAUvwH8.jpg

What. A. Comeback. 😮

⏰1⃣9⃣ Switzerland 1 - 0 Denmark
⏰6⃣6⃣ Switzerland 2 - 0 Denmark
⏰7⃣6⃣ Switzerland 3 - 0 Denmark
⏰8⃣4⃣ Switzerland 3 - 1 Denmark
⏰8⃣8⃣ Switzerland 3 - 2 Denmark
⏰9⃣3⃣ Switzerland 3 - 3 Denmark

#EURO2020
 
I really want Belgium to win the Euro 2020. The main reason is that I am a big fan of Eden Hazard. He is a captain with his stunning performance. Belgium have the golden generation with them. They also have a good coach with them. Can they win the Euro 2020?
 
Back
Top
Log in Register