BTC USD 83,642.1 Gold USD 4,156.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EURO EURO 2020-2021

Coral

D2c-PkeXgAAMwf4.jpg

Memphis Depay has been directly involved in each of the Netherlands’ last SIX goals:

⚽
🅰️
⚽
🅰️
🅰️
⚽

Not bad for a rapper
 
NETHERLANDS_SOCCER_UEFA_EURO_2020_QUALIFIERS_1553472587.jpg

Jaringan Schulz benam Belanda


JARINGAN lewat permainan oleh pemain pertahanan Jerman, Nico Schulz memastikan skuad wajah baru pasukan itu mencatat kemenangan 3-2 di Belanda dalam saingan Kumpulan C kelayakan Euro 2020 awal pagi ini.

Perlawanan pembukaan bagi skuad Jerman dalam kumpulan itu menjadi tumpuan ramai.

Jerman lebih pantas menguasai permainan dengan dua jaringan menarik daripada Leroy Sane dan Serge Gnabry pada babak pertama permainan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan bimbingan Joachim Loew.

Loew yang sebelum ini dilaporkan tidak meletakkan harapan tinggi kepada ‘barisan muda’ pasukan yang pernah menjuarai Piala Dunia 2014 itu.

Kedudukan 2-0 tidak kekal lama apabila tuan rumah bangkit pada separuh masa kedua menerusi gerakan Memphis Depay yang berjaya disempurnakan Matthijs de Ligt disusuli jaringan penyamaan Depay.

Schulz mempamerkan gerakan menarik untuk melakukan jaringan pada minit akhir permainan sekali gus memberi kelebihan kepada Jerman untuk meneruskan saingan dalam kempen kelayakan itu.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/437388/jaringan-schulz-benam-belanda
 
FBL-EURO-2020-QUALIFIER-CYP-BEL_1553475582.jpg


SOCCER-EURO-SMR-SCO__1553483013.jpg


Pemain Scotland Ryan Fraser diasak pemain San Marino, Manuel Battistini pada aksi kelayakan Euro 2020. FOTO Reuters​

Belgium catat kemenangan kedua


KAPTEN, Eden Hazard mengharungi penampilan ke-100 bersama skuad Belgium ketika pasukan separuh akhir Piala Dunia itu mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Cyprus dalam kelayakan Euro 2020, awal pagi ini.

Michy Batshuayi yang melakukan gerakan untuk memperdayakan pertahanan lawan di dalam ruang kotak penalti sebelum Hazard bijak menyambar bola untuk menyempurnakan jaringan pembukaan pada minit ke-10 permainan.

Adik kepada Eden, Thorgan Hazard mengumpan bola di dalam ruang kotak penalti lawan untuk Batshuayi menewaskan penjaga gol Cyprus, Urko Pardo untuk gol kedua pada minit ke-18

Penjaga gawang Real Madrid, Thibaut Courtois langsung tidak di uji di gawang pasukan Belgium ketika pasukan itu memberi tekanan pada babak pertama dan menguasai sepenuhnya permainan pada separuh masa kedua perlawanan.

Konstantinos Laifis, yang beraksi dengan kelab Standard Liege di Belgium, hampir menggandakan jaringan selepas Belgium memperolehi sepakan percuma namun tandukannya tersasar.

Cyprus menewaskan pasukan tercorot San Marino, 5-0 minggu lalu, namun pasukan yang kini menghuni ranking nombor satu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terlalu kuat buat negara kepulauan itu.

Pasukan itu juga kurang bernasib baik apabila di undi bersama Belgium dalam kelayakan Euro dan Piala Dunia tahun lalu.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan I, Scotland mencatat kemenangan pertama 2-0 ke atas San Marino, di Stadium San Marino.

Skuad yang dimalukan Kazakhstan, 3-0 minggu lalu, memperolehi jaringan menerusi Kenny McLean seawal minit keempat dan Johnny Russell (m74).

Terdahulu dalam satu lagi aksi kumpulan sama, Russia membelasah Kazakhstan 4-0.

Denis Cheryshev menghasilkan dua gol pada minit ke-19 dan masa kecederaan babak pertama disusuli jaringan Artem Dzyuba minit ke-52 dan gol sendiri Abzal Beysebekov minit ke-62.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/437394/belgium-catat-kemenangan-kedua
 
SOCCER-EURO-POL-LVA__1553480024.jpg


FBL-EURO-2020-QUALIFIER-ISR-AUT_1553480027.jpg


Eran Zahavi jaring hatrik untuk Israel benam Macedonia Utara dalam aksi Kumpulan G, kelayakan Euro 2020. FOTO AFP​

Poland, Israel lakar kemenangan


POLAND mencatat kemenangan kedua dalam dua perlawanan awal kelayakan Euro 2020 selepas jaringan separuh masa kedua oleh Robert Lewandowski dan Kamil Glik memastikan kemenangan 2-0 ke atas Latvia pada aksi Kumpulan G, pagi ini.

Dalam satu lagi aksi kumpulan sama, jaringan hatrik Eran Zahavi memastikan Israel mencatat kemenangan, 4-2 ke atas Austria manakala Slovenia diikat seri 1-1 dengan pasukan Macedonia Utara.

Poland yang menewaskan Austria, 1-0 di gelanggang lawan dalam perlawanan permukaan mereka, mendahului kumpulan dengan enam mata daripada dua perlawanan.

Israel dan Macedonia Utara masing-masing mempunyai empat mata sementara Slovenia dua mata manakala Austria dan Latvia tiada sebarang mata.

Lewandowski hampir menjaringkan gol pada babak pertama dan terlepas tiga lagi peluang terbaik ketika penjaga gol Latvia Pavels Steinbors beraksi cemerlang menyelamatkan percubaan berbahaya lawan.

Gerakan menarik pemain pertahanan kiri, Arkadiusz Reca yang seterusnya melakukan hantaran berjaya ditanduk Lewandowski untuk gol pembukaan pada minit ke-76 sebelum Glik menjaringkan gol menarik pada minit ke-84.

Israel bangkit daripada ketinggalan menerusi gol awal Marko Arnautovic pada minit ke lapan permainan namun Zahavi melengkapkan kemenangan pasukannya menerusi jaringan hatrik dan Munas Dabur turut meledak gol menjadikan 4-1 sebelum Arnautovic menjaringkan gol saguhati kepada pasukan pelawat.

Sementara itu, jaringan Miha Zajc pada minit-34 memastikan Slovenia mendahului di Ljubljana sebelum Enis Bardhi menyamakan kedudukan buat Macedonia Utara.

Macedonia, memulakan kempen dalam kumpulan itu dengan mengalahkan Latvia, 3-1 di gelanggang sendiri minggu lalu.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/437417/poland-israel-lakar-kemenangan
 
HUNGARY_SOCCER_UEFA_EURO_2020_QUALIFICATION_1553479930.jpg

Hungary malukan Croatia


PEMAIN tengah Hungary, Mate Patkai menjaringkan gol pertama antarabangsa untuk membantu pasukannya bangkit menewaskan skuad naib juara Piala Dunia, Croatia, 2-1 dalam saingan Kumpulan E kelayakan Euro 2020, awal pagi ini.

Keputusan itu menyaksikan saingan kumpulan berkenaan terbuka luas selepas Wales menewaskan Slovakia 1-0 di Cardiff malam tadi.

Slovakia, Wales, Hungary dan Croatia masing-masing mempunyai tiga mata manakala Azerbaijan tidak memperolehi sebarang mata, begitupun seperti Wales dan Azerbaijan hanya bermain satu perlawanan berbanding dua perlawanan bagi pasukan lain.

Croatia yang mencatat kemenangan 2-1 ke atas Azerbaijan Khamis lalu, mendahului menerusi jaringan Ante Rebic yang menerima umpanan Andrej Kramaric pada minit ke-16 permainan.

Bagaimanapun, Hungary yang beraksi di gelanggang sendiri Groupama Arena bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerangnya Adam Szalai yang memanfaatkan hantaran Balazs Dzsudzsak minit ke-34.

Kapten Dzsudzsak, yang meraikan penampilan ke 100 di peringkat antarabangsa turut beraksi cemerlang dan tonggak pasukan itu dihadiahkan dengan jaringan kemenangan oleh Mate Patkai minit ke-76 selepas pemain Croatia gagal mengeluarkan bola daripada sepakan sudut.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/437414/hungary-malukan-croatia
 
SOCCER-EURO-SMR-SCO__1553483013.jpg

Scotland bangkit


SCOTLAND menewaskan San Marino 2-0 sekali gus mengelak daripada mencatat kekalahan kedua memalukan dan mencerahkan peluang untuk kembali bersaing dalam kempen kelayakan Euro 2020.

Pasukan Scotland dikatakan masih bergelut dengan prestasi dan belum mempamerkan aksi meyakinkan peminat mereka.

Tandukan Kenny McLean empat minit sebaik perlawanan bermula meletakkan Scotland di depan lawan negara kecil itu.

Namun mereka perlu menunggu sehingga minit ke 74 permainan menerusi rembatan Johnny Russell untuk memastikan kemenangan selesa dan cukup penting buat Scotland.

Skuad yang dikritik hebat gara-gara kekalahan 3-0 kepada pasukan ranking ke 117 dunia, Kazakhstan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan I pada Khamis lalu.

San Marino, yang berada di kedudukan 211 di bawah ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak pernah menang perlawanan dalam kejohanan yang disertai dan dilihat tidak akan mencatat kemenangan berdepan Scotland selepas pasukan itu tewas di Kazakhstan.

Mereka melakukannya dengan cara sukar walaupun mendahului di awal permainan - ia termasuk aksi mengecewakan pasukan Tartan Army di Stadium Olimpico Serravalle, San Marino.

Pengurus Alex McLeish juga ‘mengamuk’ pada waktu rehat.

“Kami bercakap mengenai membawa berkualiti pada aksi permainan kami sehingga ia memberi kejutan untuk melepasi lawan,” kata McLeish.

“Saya berpendapat keputusan di Kazakhstan mempengaruhi permainan beberapa pemain.

“Mendapatkan gol kedua adalah sangat penting kerana San Marino berasakan mereka masih berada dalam permainan dan jaringan amat penting bagi kami.

“Walaupun ada yang mahu melihat kami melakukan lima atau enam jaringan namun dua jaringan dan kemenangan sudah cukup memadai.”


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/437431/scotland-bangkit
 
FBL-EURO-2020-NED-GER-QUALIFIER_1553484332.jpg


Coach_1553484335.jpg


Aksi jurulatih Jerman, Joachim Loew (kiri) ketika perlawanan Jerman menentang Belanda. FOTO AFP​

Loew lega aksi skuad Jerman


JARINGAN Nico Schulz pada minit ke-90 memastikan kemenangan dramatik Jerman, 3-2 ke atas Belanda dalam perlawanan pembukaan pasukan itu pada aksi kelayakan Euro 2020 sekali gus mengurangkan sedikit tekanan kepada jurulatihnya Joachim Loew.

Ia adalah kemenangan pertama Jerman dalam kejohanan selepas Piala Dunia tahun lalu, dan kemenangan itu hadir selepas pasukan kendalian Loew menunjukkan kekuatan dan kegigihan dari semua sudut.

Skuad Jerman mempamerkan aksi memukau pada 45 minit pertama di Amsterdam, tetapi goyah pada separuh masa kedua selepas lawan Belanda bangkit merapatkan kedudukan daripada ketinggalan 2-0.

Begitupun, Schulz memastikan kemenangan buat Jerman menerusi gol di penghujung permainan.

“Kemenangan itu memberikan kami banyak kelebihan, ia sangat baik kepada sebagai satu pasukan,” kata Schulz.

Loew memuji semangat melawan pemainnya selepas aksi yang cukup mendebarkan itu.

“Kami bermain sangat baik pada separuh masa pertama, tetapi pada separuh masa kedua kami tidak beraksi pada tahap yang sama,” kata jurulatih Jerman itu.

“Saya kagum dengan bagaimana mereka dapat menahan asakan lawan dan bagaimana mereka begitu yakin sehingga tamat perlawanan. Syabas kepada pemain.”

“Jangan lupa kami berdepan pasukan Jerman,” kata jurulatih Belanda, Ronald Koeman yang mengingatkan kepada mereka yang tidak menyedarinya.

“Kami tahun pasukan Jerman akan memberi tekanan kepada kami, dan kami juga memulakan permainan agak teruk,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/437444/loew-lega-aksi-skuad-jerman
 
Back
Top
Log in Register