BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Euro 2012: Keselamatan terjamin

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
su_05.1.jpg

LATIHAN pencegahan kebakaran turut diadakan menjelang Euro 2012 di Poland dan Ukraine.

LONDON - Tuan rumah bersama Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012, Poland dan Ukraine memberi jaminan bahawa aspek keselamatan akan menjadi keutamaan mereka sepanjang kejohanan tersebut berlangsung kelak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Poland, Michal Deskur memberitahu, persediaan keselamatan untuk Euro 2012 berada pada tahap terbaik.

Menurut Deskur, kementeriannya sudah bersedia untuk memastikan kejohanan yang akan berlangsung pada 8 Jun hingga 1 Julai itu berjalan dengan lancar.

Jelasnya lagi, setiap organisasi yang menyelia bahagian keselamatan, pengangkutan dan hospitaliti memainkan peranan penting untuk memastikan kejohanan berprestij itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Perlawanan pertama Euro 2012 akan berlangsung di Stadium Kebangsaan Warsaw, Poland pada 8 Jun membabitkan pasukan Poland dengan Greece serta pertembungan Rusia dan Republik Czech (Stadium Perbandaran Wroclaw, Poland).

Sebanyak 16 negara layak ke pusingan akhir Euro 2012 yang akan dilangsungkan di empat buah bandar di Poland iaitu Warsaw, Gdansk, Wroclaw dan Poznan.

Di Ukraine pula, perlawanan-perlawanan Euro 2012 itu akan berlangsung di Kiev, Lvov, Donetsk dan Kharkov.

Sementara itu, berkaitan dengan kerjasama dengan pihak berkuasa Ukraine selaku tuan rumah bersama, Deskur turut memaklumkan bahawa kedua-dua negara sudah mencapai kata sepakat untuk saling membantu bagi memastikan tahap keselamatan adalah terjamin.

Tambahnya lagi, pihaknya akan menyediakan ibu pejabat khas yang akan digunakan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

Sebagai persiapan awal, Poland telah mengadakan latihan khusus buat anggota keselamatannya yang terlibat sejak tiga bulan lalu.

Latihan merangkumi pelbagai aspek termasuk mengawal rusuhan di dalam dan di luar stadium.

Menurut Deskur, lebih 5,000 anggota keselamatan akan terlibat secara langsung bagi menjaga keselamatan sepanjang Euro 2012 dan mereka akan ditempatkan di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan, terutamanya pintu masuk ke negara berkenaan.

"Memang kami boleh memberi jaminan bahawa perkara yang tidak diingini itu tidak akan berlaku tetapi kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

"Kami mahu pastikan setiap pasukan yang beraksi pada pusingan akhir ini berada dalam keadaan tenang bagi membolehkan mereka memberi tumpuan kepada misi masing-masing.

"Hasrat kami adalah untuk memastikan Euro kali ini yang terbaik tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini," kata Deskur lagi.

Menurutnya, semua tempat penginapan pemain di bandar-bandar utama akan menjadi keutamaan mereka, termasuk pusat latihan semua pasukan.

"Begitu juga di Ukraine, corak kawalan yang sama akan digunakan," katanya.

Menurutnya, mereka juga akan dibantu oleh beberapa sukarelawan yang telah dilatih sejak beberapa bulan lalu.

"Kami kini sudah bersedia sepenuhnya dan semua pasukan serta penyokong mereka tidak perlu bimbang tentang aspek keselamatan.

"Kami akan menjaga mereka sepanjang Euro 2012 ini," tegas Deskur. - Agensi.
 
siap sedia utk buy eu :)) :))
 
Back
Top
Log in Register