BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News EU Meluluskan Perundangan USB-C

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
EU Meluluskan Perundangan – Semua Peranti Elektronik Perlu Guna USB-C Menjelang Penghujung 2024; Kesatuan Eropah hari ini telah meluluskan perundangan baharu, yang akan memerlukan semua pengeluar peranti menggunakan penyambung USB-C sebagai port pengecasan selari pada peranti, menjelang penghujung 2024 kelak. Dengan langkah ini, semua peranti elektronik – termasuk telefon pintar, tablet, kamera digital, fon kepala, fon telinga, konsol mudah-alih, speaker, papan kekunci, tetikus, dan komputer riba menggunakan pengecas USB-C.

Ia juga perlu menyokong pengecasan sehingga 100 Watts. Dengan penyelarian ini, ia akan memudahkan lagi pengguna – sekaligus mengurangkan sampah elektronik, dan pada masa yang sama memudahkan pengguna membeli pengecas untuk peranti. Ini juga sekaligus akan memerlukan Apple menggunakan pengecas USB-C pada produk mereka seperti iPhone dan AirPods. Memandangkan EU memberikan tempoh sehingga penghujung 2024, maka semua pengeluar peranti mempunyai masa yang mencukupi dalam melakukan perubahan pada produk-produk mereka.​

1664887100403.png
 
EU Tetapkan iPhone Perlu Beralih Kepada USB-C Sebelum Tarikh Ini

Kesatuan Eropah (EU)
secara rasmi telah menetapkan tarikh akhir bagi semua telefon pintar yang dijual dalam pasaran berkenaan, termasuk iPhone untuk menggunakan port pengecasan USB-C. Untuk rekod, Parlimen Eropah pada Oktober telah meluluskan undang-undang penggunaan port pengecasan tunggal, namun tiada tarikh spesifik yang diberikan bila undang-undang itu akan berkuat kuasa. Kini, dalam arahan yang baru diterbitkan, EU mengatakan semua telefon pintar perlu mempunyai USB-C selewat-lewatnya pada 28 Disember 2024. Sebagai tambahan, peranti lain seperti tablet dan gadget, juga dikehendaki untuk bertukar kepada USB-C di bawah undang-undang baharu itu.

Sementara itu, produk yang bergantung semata-mata pada pengecasan wayarles tanpa port tidak perlu menyertakan USB-C. Terdahulu, Greg Joswiak yang merupakan Naib Presiden Kanan Pemasaran Apple telah mengesahkan bahawa Apple akan patuh dengan undang-undang EU berhubung kewajipan untuk menggunakan port USB-C. Joz tidak menyatakan bila Apple akan beralih kepada USB-C. Terdapat laporan yang mengatakan Apple mungkin beralih kepada port USB-C lebih awal, melalui pelancaran iPhone 15 pada September 2023. Bagaimanapun, mengambil kira tarikh akhir untuk pelaksanaan penggunaan USB-C adalah pada 2024, tidak mustahil kita mungkin perlu menunggu sehingga pelancaran iPhone 16 sebelum Apple beralih kepada port tersebut.

Sumber asal MacRumors
 
India Mewajibkan Penggunaan USB-C Pada Telefon Pintar Bermula 2025

Eropah akan mewajibkan penggunaan USB-C pada peranti elektronik di negara-negara ahli Kesatuan Eropah bermula Disember 2024. Ini membuka ruang kepada iPhone untuk akhirnya menggunakan USB-C selepas sekian lama berdegil menggunakan Lightning. Menurut laporan Business Standard pagi ini, India pula akan mewajibkan penggunaan USB-C pada telefon pintar bermula Mac 2025. Laporan memetik kenyataan Rohit Kumar Singh yang merupakan setiausaha Kementerian Hal Ehwal Pengguna India. Keputusan menyeragamkan penggunaan USB-C sebagai port pengecasan tunggal telefon pintar diambil oleh India selepas mengambil maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam industri. Selain menyeragamkan pengecasan telefon pintar dan tablet, India turut ingin menyeragamkan sistem pengecasan untuk peranti boleh pakai di negara mereka tetapi tarikh belum diumumkan.​

Sumber asal https://www.business-standard.com/a...ce-makers-from-march-2025-122122700779_1.html
 
Back
Top
Log in Register