Tahniah..2010 dah citer lain
Tahun 2010, Etiqa Takaful berjaya mempertahankan rekod no. 1 untuk beberapa tahun kebelakangan berturut-turut for both new business category and total premium collected... Jika digabungkan dengan Etiqa Insurans, kami berjaya mengatasi Great Eastern untuk kategori penyertaan2 baru (new business sales) bagi keseluruhan tahun 2010...
Alhamdulillah... Tahniah Etiqa Takaful!!
Memang terdapat sesetengah pihak yang menjaja kes-kes terpencil ketidakpuasan hati ke atas servis Etiqa Takaful Berhad (ETB) & memandangkan ETB mempunyai LEBIH sejuta pelanggan takaful KELUARGA, tidak mustahil berlaku kesilapan tertentu ke atas peratusan kecil pelanggan yang sebegitu ramai.
Apabila seseorang pelanggan itu yakin sepatutnya menerima pampasan2 yang dituntut tetapi ditolak atas sebab2 yang diyakininya tidak munasabah, maka aduan atau perbincangan lanjut boleh dibuat & ETB membuka pintu yang luas untuk pelanggan menyuarakannya.
Jika didapati yang silapnya adalah pihak syarikat, setakat ini PEMBETULAN pasti akan dibuat & peratusan kes2 sebegini AMAT-AMAT KECIL jika dinisbahkan dengan jumlah pelanggan TAKAFUL KELUARGA ETB yang melebihi sejuta orang. Ini adalah senario yang standard untuk mana2 syarikat takaful & tiada pihak yang mempunyai data rasmi dan solid berkenaan syarikat takaful mana yang paling tinggi peratusan ketidakpuasan hati pelanggan. Justeru, jangan sekali-kali buat andaian & tohmahan berkenaan syarikat takaful mana mempunyai peratusan ketidakpuasan hati tertinggi...:-? Jika tohmahan tidak betul, maka kita telah menyebarkan satu fitnah yang amat berat kepada khalayak umum.
Saya wakil ETB & pada masa yang sama saya juga pelanggan ETB... Saya memahami ETB juga seperti diri saya & juga mana2 manusia/pertubuhan pun - tidak terlepas daripada lumrah melakukan kesilapan. Apabila ETB benar-benar tersilap, permohonan maaf & pembetulan rasmi akan dibuat dengan menyerahkan pampasan yang pada awalnya berlaku kesilapan penolakan. Sebaik2 golongan adalah mereka yang memperbetulkan kesilapan & kesempurnaan hanya milik Dia.
Wakil syarikat2 tertentu dinasihatkan janganlah nak bohong benda2 macam ni tak berlaku kat syarikat masing2, ok.
p/s: terdapat banyak kes di mana ketika sesi perbincangan dengan pelanggan, pelanggan sendiri telah memutuskan untuk tidak mengambil manfaat harian hospital kerana mahukan simpanan yang maksimum tetapi apabila dimasukkan ke wad, pelanggan marah-marah kerana tidak menerima manfaat harian hospital sedangkan beliau sendiri memilih untuk mengatakan TIDAK MAHU dengan manfaat tersebut ketika mendaftar dahulu. Kemudian, pelanggan tersebut bercerita kepada semua orang kononnya syarikat ini tipu, syarikat itu auta dan sebagainya. Justeru, nasihat saya, jika Tuan2/Puan2/Cik2 ada mendengar rungutan, maka check lah dahulu, elakkan daripada terus percaya.