BTC USD 82,285.0 Gold USD 4,169.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Etiqa Takaful Champion 2009

hairudi

Fun Poster
Messages
988
Joined
Oct 15, 2009
Messages
988
Reaction score
0
Points
10
ETIQA Takaful Bhd memenangi Anugerah Bank Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2009, yang diadakan sempena Persidangan Takaful Antarabangsa Ketiga 2009 di London baru-baru ini.

Anugerah itu disampaikan kepada Etiqa, satu-satunya syarikat takaful Malaysia yang diberi pengiktirafan dalam acara global 17 kategori itu, oleh ahli House of Lords, Mohd Shiekh, yang juga Ketua Forum Konservatif Muslim.

Tahun lalu, Etiqa Takaful memenangi anugerah Pemasaran Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2008.

Ketua Eksekutifnya, Mohd Tarmidzi Ahmad Nordin, berkata Etiqa menjadi penyedia takaful pertama di Malaysia dengan memperkenalkan Produk Berkaitan Pelaburan Patuh Syariah, yang menyaksikan produk Al-Waqi mendapat sambutan menggalakkan dengan caruman lebih RM100 juta.

Katanya, pertumbuhan 58.9 peratus dalam tempoh hanya sembilan bulan pertama perniagaan perbankan takaful bagi tahun kewangan 2008/2009, sekali gus membuktikan kepercayaan rakan bank takaful dan juga pelanggan terhadap syarikat.

“Ia dengan sendirinya menjadi pemacu di sebalik pertumbuhan Etiqa yang mencapai pertumbuhan perniagaan 32.1 peratus pada sembilan bulan pertama tahun kewangan tahun ini,” katanya selepas menerima anugerah itu pada di majlis makan malam Anugerah Takaful Antarabangsa 2009, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Forum Perniagaan Asia Barat, Mohamed Abdullah, berkata Etiqa disanjung tinggi kerana prestasi yang dicatatkan dalam suasana ekonomi semasa dan juga produknya yang ringkas dan inovatif dalam Bank Takaful.

“Pertumbuhan Etiqa dalam perniagaan perbankan takaful jelas membuktikan keupayaannya untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang sesuai bersama rakan banknya,” katanya.

Anugerah Takaful Antarabangsa diperkenalkan sempena Sidang Takaful Antarabangsa kedua 2008 yang dianjurkan Afkar Consulting manakala Forum Perniagaan Asia Barat, Sidang Takaful Antarabangsa 2009 mendapat sambutan hebat menerusi kehadiran 300 perwakilan dari lebih 30 negara.

Kesemua calon berkenaan dinilai oleh profesional pasaran bebas sebelum melayakkan mereka memenangi di antara 17 kategori dalam Anugerah Takaful Antarabangsa 2009.
 
tahniah...tapi aku prefer PruBsn
 
Aku prefer PruBSN gak...dah malas dengar service Etiqa...Mungkin award yang dimenangi adalah disebabkan pelaburan atau product creativity dan bukannya service
 
Memang bagus apa yang etiqa ada sekarang ini.


AWARD INI MEMANG LAYAK UNTUK ETIQA TAKAFUL.



seperti anugerah lain mesti kita hendak cari yang terbaik.mungkin setiap yang kita pilih ada sebabnya.TANIAH BUAT ETIQA.


JANGAN KECEWA BUAT YANG LAIN MAYBE ADA SEBAB KERANA TIDAK DI PILIH.RENUNG2 KAN DI MANA KELEMAHAN ITU...
 
mungkin yang lain x hantar wakil kot..tapi mmg cenggituh ar...lepas dpt client terus senyap..polisi pon main pos je
 
tahniah etiqa takaful.. :)
 
mungkin yang lain x hantar wakil kot..tapi mmg cenggituh ar...lepas dpt client terus senyap..polisi pon main pos je

kalau amik medical card Etiqa..memang dpt secara pos sbb yg issue medical card tu 3rd party..ini di pahamkan oleh salah sorang klien Etiqa kpd saya
 
kalau amik medical card Etiqa..memang dpt secara pos sbb yg issue medical card tu 3rd party..ini di pahamkan oleh salah sorang klien Etiqa kpd saya

yer medical card etiqa di uruskan oleh medi-jaring
ini yang saya tahu semasa saya di etiqa dulu
 
kawan aku smlm tya aku.. nape etiqa x cover rawatan susulan untuk anak buah dia? aku ckp kena ar tya org etiqa...kalo prubsn cover smp 90 ari
 
tahniah...tapi aku prefer PruBsn

terima kasih:)cgrock
kami di PruBSN banyak dapat anugerah tak rasmi jer dari client-client yang banyak berterima-kasih dan berpuashati dengan produk kami...(ini lebih bermakna):)paid

policy servicing is my top priority:)cgrock:)paid
 
Back
Top
Log in Register