MESRA
MESRA merupakan pelan yang menawarkan perlindungan dan elemen simpanan. Dari tahun keempat perlindungan, nisbah pengendalian sumbangan adalah lebih kepada simpanan iaitu setinggi 75%.
Manfaat:
Manfaat Mesra dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dan bagi hilang upaya kekal menyeluruh manfaat akan dibayar secara beransur-ansur selama 5 tahun sebanyak 10% setahun dan ansuran terakhir pada kadar 60%.
SARJANA
Pelan
Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancancangan kewangan pendidikan anak
Manfaat Perlindungan -Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.
-Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
-Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.
Manfaat Sampingan
Pendahuluan Dana Pendidikan - Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.
Manfaat Matang
Apabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.
SAKINAH
Sakinah 1
Memberi elemen perlindungan dan simpanan. Peserta atau Pasangan akan menerima bukan sahaja manfaat perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal secara sekaligus, tetapi juga nilai terkumpul Akaun Peserta.
Sakinah 2
Memberikan elemen perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal kepada peserta atau pasangan yang dilindungi. Amaun manfaat 100% akan diberikan kepada pasangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang pertama.
AFIAH
Afiah menawarkan pilihan kepada wanita untuk mendapatkan perlindungan daripada empat penyakit kritikal khusus dan juga bantuan perlindungan kepada mereka yang tersayang (anak-anak).
Manfaat Utama
Manfaat utamanya memberi perlindungan terhadap 4 penyakit kritikal khusus yang menyerang wanita:
Lupus Eritematosus Sistematik (SLE)
Penyakit inflamatori dermatitis dengan ruam merah bersisik pada hidung dan pipi, dan kerosakan yang progresif pada ginjal, dan dirawat dengan kortokosferoid
Artritis Reumatoid
Penyakit sendi kronik dan bercirikan perubahan keradangan di membrane sinovia, struktur artikular dan atrofi tulang, boleh menyebabkan kecacatan di peringkat akhir penyakit.
Barah Payudara
Barah Pangkal Rahim
EHSAN
Ehsan memberi perlindungan yang tinggi dengan kadar sumbangan yang rendah. Tiada unsur simpanan atau nilai tunai kerana sumbangan didermakan ke dalam Akaun Khas Peserta untuk memaksimumkan perlindungan.
Manfaat:
Manfaat kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh takaful.
WARISAN
Warisan merupakan skim takaful yang memberikan faedah simpanan dan perlindungan yang membolehkan anda merancang kewangan demi kesejahteraan anda dan generasi akan datang.
Manfaat:
Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.Itu lah dia kelebihan produk takaful nasional.Di akhir tempoh kontrak jumlah Akaun Peserta akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan daripada akaun peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.
Penyertaan kanak-kanak berumur dari 6 bulan dibolehkan dengan perlindungan hingga ke tahap RM200,000.
Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan dan Akaun Peserta Terkumpul serta keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya
Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih detail boleh hubungi saya melalui:
[email protected]
0194587365
msn :
[email protected]
atau PM saya.