BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

eTiQa Takaful Bhd.

utara kat penang ni..
jgn risau baju tu siap logo n etiqa takaful depan belakang..kalau nak letak nama kat baju byran lbh cikit..semua dlm perbincngn lg dgn pihak berkenaan..:)sabar2 la..yg penting biznez etiqa takaful kita terus maju...

AIDIR nak beli join la jd agen ..
baru best pakat2 wat biz;)
 
wa org baru maa..
byk lg nk blajo..:D :D
xsampai sbulan lg join etiQa takaful ni..
tgk korg ni syok je jd agent takaful..
nk try gak biz offline ni..:p :p

kawan pun org baru gak dlm dunia takaful nih..
kawan pun slalu sembang2 dgn bdk2 takaful lain..
No hal pun..
sama2 carik mkn bro..
Kalau free, jom lepak2 dgn aku kat booth biasa kat Puteri Specialist Hospital, Tabung Hj..UTM..
 
kawan pun org baru gak dlm dunia takaful nih..
kawan pun slalu sembang2 dgn bdk2 takaful lain..
No hal pun..
sama2 carik mkn bro..
Kalau free, jom lepak2 dgn aku kat booth biasa kat Puteri Specialist Hospital, Tabung Hj..UTM..

ok..
nnti aku free..aku sms ko bro..
bole sembang2..

:)paid :)paid :)paid
 
setiap orang perlu ada 4 Elemen Perlindungan Peribadi :-

ELEMEN 1
Perlindungan Kewangan - Kematian / Hilang Upaya Kekal

ELEMEN 2
Perlindungan Rawatan Perubatan - Rider Penyakit Kritikal / Medical Card

ELEMEN 3
Perlindungan Kemalangan - Perlindungan PA, or Manfaat Kehilangan Anggota Badan

ELEMEN 4
Manfaat Pelaburan / Jaminan Simpanan Berterusan - Waiver

**********
p/s : ni juga salah satu power closing saya :p

owh..ok.akak mintak pinjam power closong en kuhik.tq:)
 
buat wakil etiqa...nak tye. mn dia promosi produk etqa? puas saya belek thread ni tp tak jumpe pon?
 
Produk eTiQa

buat wakil etiqa...nak tye. mn dia promosi produk etqa? puas saya belek thread ni tp tak jumpe pon?

MESRA

MESRA merupakan pelan yang menawarkan perlindungan dan elemen simpanan. Dari tahun keempat perlindungan, nisbah pengendalian sumbangan adalah lebih kepada simpanan iaitu setinggi 75%.

Manfaat:
Manfaat Mesra dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dan bagi hilang upaya kekal menyeluruh manfaat akan dibayar secara beransur-ansur selama 5 tahun sebanyak 10% setahun dan ansuran terakhir pada kadar 60%.

SARJANA

Pelan Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancancangan kewangan pendidikan anak

Manfaat Perlindungan -Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.

-Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.

-Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.


Manfaat Sampingan

Pendahuluan Dana Pendidikan - Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.

Manfaat Matang

Apabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.

SAKINAH

Sakinah 1
Memberi elemen perlindungan dan simpanan. Peserta atau Pasangan akan menerima bukan sahaja manfaat perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal secara sekaligus, tetapi juga nilai terkumpul Akaun Peserta.

Sakinah 2
Memberikan elemen perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal kepada peserta atau pasangan yang dilindungi. Amaun manfaat 100% akan diberikan kepada pasangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang pertama.

AFIAH

Afiah menawarkan pilihan kepada wanita untuk mendapatkan perlindungan daripada empat penyakit kritikal khusus dan juga bantuan perlindungan kepada mereka yang tersayang (anak-anak).

Manfaat Utama

Manfaat utamanya memberi perlindungan terhadap 4 penyakit kritikal khusus yang menyerang wanita:

Lupus Eritematosus Sistematik (SLE)
Penyakit inflamatori dermatitis dengan ruam merah bersisik pada hidung dan pipi, dan kerosakan yang progresif pada ginjal, dan dirawat dengan kortokosferoid

Artritis Reumatoid
Penyakit sendi kronik dan bercirikan perubahan keradangan di membrane sinovia, struktur artikular dan atrofi tulang, boleh menyebabkan kecacatan di peringkat akhir penyakit.

Barah Payudara
Barah Pangkal Rahim



EHSAN

Ehsan memberi perlindungan yang tinggi dengan kadar sumbangan yang rendah. Tiada unsur simpanan atau nilai tunai kerana sumbangan didermakan ke dalam Akaun Khas Peserta untuk memaksimumkan perlindungan.
Manfaat:
Manfaat kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh takaful.


WARISAN

Warisan merupakan skim takaful yang memberikan faedah simpanan dan perlindungan yang membolehkan anda merancang kewangan demi kesejahteraan anda dan generasi akan datang.

Manfaat:
Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.Itu lah dia kelebihan produk takaful nasional.Di akhir tempoh kontrak jumlah Akaun Peserta akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan daripada akaun peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

Penyertaan kanak-kanak berumur dari 6 bulan dibolehkan dengan perlindungan hingga ke tahap RM200,000.

Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan dan Akaun Peserta Terkumpul serta keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya

Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih detail boleh hubungi saya melalui:
[email protected]
0194587365
msn : [email protected]
atau PM saya.
 
Back
Top
Log in Register