BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

eTiQa Takaful Bhd.

Kalau nak cerita bab PruBSN tak dak jaminan akan tawarkan medical card sampai bila-bila, ETB confirm akan offer sampai bila-bila ka?

Saya pun tak nak la gaduh-gaduh dalam ni, just a sharing apa yang saya tahu. Itu sahaja.

Aiihhh, org2 dia sendiri tadi yg mengungkit pasal jaminan keberterusan kemudahan kad medik seolah2 kad medik syarikat dia terjamin kekal selama2nya padahal xde pun, cakap berdegar2 bkn main.. Hahh! Skrg sapa yg suka mereka-reka citer kat prospek sebenarnya nih?? Mulut bukan main...:eek:

Bukan saya yg bangkitkan ya.. Ingat tu~ :D

ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
019-7209975
 
Nak kata jangkaan pelaburan masa depan sapa boleh jangka?

Hmm, sedar pun jangkaan pelaburan masa depan sapa boleh jangka, kan... Apatah lagi jika unit trust terlibat sama, faham2 lah kan... Selama ni org2 dia sendiri memberi jaminan kat customers seolah2 MUSTAHIL unit-unit-unit-unit trusts yg attached tu akan merudum teruk...

Hahh! Skrg sapa yg suka mereka-reka citer kat prospek sebenarnya nih?? Mulut bukan main...:eek:

ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
019-7209975
 
Last edited:
saya dulu bekas etiqa ejen

dari segi LEADER - LOST/FAIL
dari segi produk - bolehlah
tauke - mmg x berkenan (aku ni bangsa lain mmg kurang sikit)

eden skg ni x ada apa2 insurance ..

tapi ada satu insurance best (nnti de modai nak amik hak3)

MAA
Leader - Sempoi
Produk - Mengancam
Tauke - MELAYU ... BUkan China Bukan India...MELAYU yang beragama ISLAM

produk dia mmg best..member bnyk aku syor amik

alhamdulilah

luka nyer alahai kecik jer NAH RM500 dapat
lecur eksos motor = RM400

nak jadi agent tak jadi *entah bila dapay hidayah

ini semua pandangan eden..
dan mungkin ada baik buruk

baru tadi terjumpa leader mengong 2..mcm harem....belagak nak mampus

cakap nak menang..
 
Hmm, sedar pun jangkaan pelaburan masa depan sapa boleh jangka, kan... Apatah lagi jika unit trust terlibat sama, faham2 lah kan... Selama ni org2 dia sendiri memberi jaminan kat customers seolah2 MUSTAHIL unit-unit-unit-unit trusts yg attached tu akan merudum teruk...

Hahh! Skrg sapa yg suka mereka-reka citer kat prospek sebenarnya nih?? Mulut bukan main...:eek:

ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
019-7209975

Salam,
Pasal Takafulink tu memang harga unit turun dan naik. Sebab product dia memang macam tu. Sebab tu saya cakap tak boleh nak compare product ETB dengan PruBSN. Lebih baik you pergi ambil exam CEILI mungkin dapat sedikit idea. Jumlah yang akan diambil dari IUA dan PUA sekiranya tabaruq tidak mencukupi. Pasal suka mereka-reka cerita ni bukan terjadi kepada satu company sahaja malah kepada lain-lain company dan ETB juga tidak terlepas.

Mengenai Medical Card PruBSN akan offer sampai bila-bila atau tidak, tidak perlu diperbesarkan. Just nak tahu, ETB akan offer sampai bila-bila ke Medical cardnya?

Pasal cover rider medical card guna Akaun Peserta, saya tidak pernah tahun akan hal ini. Pilihan sumbangan secara automatik itu terpakai sekiranya sumbangan LAPS.

Untuk waive payment pulak boleh dipilih sekiranya mengambil medical card. Tetapi posting tuan yang lepas semua boleh ambil dalam satu.

Manfaat kematian PruBSN pula lebih tinggi. ETB perlu meletakan Rider bertempoh untuk tinggikan manfaat ini. Jadi tak sama.

ETB, Sekiranya peserta kena TPD, sumbangan tidak perlu diteruskan, manfaat ASAS akan dibayar kepada peserta secara berperingkat mengikut jenis polisi dan setelah itu polisi akan tamat selepas semua manfaat dilunaskan sementara PruBSN polisi akan berterusan (sumbangan waive) sementara medical card boleh digunakan seperti biasa.
 
Waiver utk critical illness & TPD ada. Cuma bezanya ETB tidak mengenakan sebarang caj utk dua waivers ni, thats why dalam quotation software tidak ada calculation sbb tiada sebarang caj. Kebanyakan syarikat lain dia ada caj. Hanya PORTION medical card sahaja TIADA waiver.

Ni saya quote statement you yang tak betul. Waiver untuk Critical Illness merupakan rider dan bukan free. Rider ni boleh diambil sekiranya tidak mengambil medical card. Dalam software ilustrasi terdapat bahagian ini.
 
Last edited:
attachment Mudharabah ETB sehingga 2008 dan maklumat medical card

Terima kasih kerana mendapatkan quotation daripada saya.:)

Saya ada tiga pilihan untuk Tuan:

PILIHAN 1
a. Perlindungan hingga umur 65 thn.
b. Lebihkan protection & tabarru', kurangkan savings.
c. Ini dipanggil pelan Mesra setakat umur 65 sahaja.
d. Khairat kematian RM200k + nilai tunai polisi.
e. Nilai tunai polisi pd tempoh matang = RM65k ([email protected]%) atau RM101k (ROI@8%) atau RM145k (ROI@10%) after zakat, SBLM TAMBAH BONUS MUDHARABAH AKAUN TABARRU'. ETB selalunya memberi dividen pd kadar 7% ke atas.

PILIHAN 2
a. Perlindungan hingga umur 80 tahun.
b. Protection & tabarru' kurang dpd pilihan 1, savings melebihi pilihan 1.
c. Ini dipanggil pelan Mesra sehingga umur maksimum.
d. Khairat kematian RM60k + nilai tunai polisi.
e. Nilai tunai polisi pd tempoh matang = RM307k ([email protected]%) atau RM631k (ROI@8%) atau RM1.15juta (ROI@10%) after zakat, SBLM TAMBAH BONUS MUDHARABAH AKAUN TABARRU'. ETB selalunya memberi dividen pd kadar 7% ke atas.

PILIHAN 3
a. Perlindungan hingga umur 88 tahun.
b. Protection kurang dpd no. 1 & 2.
c. Savings & tabarru' spt no. 2.
d. Peserta perlu menyumbang hingga usia 55/60/65 thn shj & selepas itu perlindungan percuma hingga umur 88 thn tanpa caj.
e. Ini dipanggil pelan Warisan.
f. Khairat kematian RM43k + nilai tunai polisi.
g. Nilai tunai polisi pd umur 88 thn jika mencarum hingga usia 60 tahun = RM370k ([email protected]%) atau RM1juta (ROI@8%) atau RM2.23juta (ROI@10%) after zakat, SBLM TAMBAH BONUS MUDHARABAH AKAUN TABARRU'. ETB selalunya memberi dividen pd kadar 7% ke atas.

ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975

Ni lagi satu saya quote.

Boleh cerita sikit bila DIVIDEN MUDHARABAH 7% dan keatas tu? Saya berminat nak tahu hal ni sebab diberitahu oleh GAM saya PALING TINGGI pernah capai 7% lebih tetapi statement tuan cakap selalunya 7% keatas. Selalu? Attach information sehingga tahun 2008 yang dihantar oleh ETB kepada agent yang menyatakan kadar untung kasar bagi policy individu adalah 6.2% pada tahun 2008. Lihat pula kadar untung bersih iaitu 4.56% pada tahun 2008. (Maklumat Dividen mudharabah tahun 2009 belum lagi diterima oleh agent). Lihat track record Mudharabah ETB (Kadar Untung Kasar) dari tahun 1995 - 2008. Jangan memandai cipta dividen sendiri tuan.

Dengan nilai dividen ini diberikan kepada peserta, berapa yang tinggal untuk tolak kenaikan sumbangan Medical Card (Medic Save Rider) daripada akaun peserta (AP)? Akaun Peserta pula dikira, AP & AKP (Akaun Khas Peserta) = Jumlah sumbangan - Sumbangan Rider. Tambahan pula AP dan AKP mengikut peratus (AP:AKP): Tahun 1 (0%:100%), Tahun 2 (10%:90%), Tahun 3 (50%:50%) dan Tahun 4 keatas (75%:25%) bagi policy MESRA.

juga dilampirkan sumbangan medic save rider yang diambil dari www.etiqa.com.my untuk tatapan pembaca. lampiran ini bermaksud bahawa kenaikan sumbangan medic save rider (Medical card) telah berkuat kuasa. Cuma Tuan yang mengeluarkan kenyataan belum berkuat-kuasa. Sila lihat post tuan sebelum ini sebab saya malas nak quote kenyataan tuan tu.

Sekiranya peserta mengambil policy ditahun pertama berusia 24 tahun (Rujuk attachment Medic Save rider), ditahun kedua polisi dia berusia 25 tahun. Jadi nak ambil kat mana untuk tampung kenaikan sumbangan medical card kalau AP tahun pertama 0%? Oleh itu perlanggan yang tak dapat notice lagi tu tunggu aje la. Sebab tu rasanya Staff ETB cakap tunggu dan lihat.

Jadi kat sini salah saya ka cerita maklumat ini? Jadi semua ni saya yang mengada-ngadakan cerita kah atau sebaliknya?

Saya bukan nak hentam produk ETB. Tapi biar lah maklumat tu tuan cerita tepat. Jadi apa yang tuan postkan kat atas seperti suka mengada-ngadakan cerita pada prospek sebenarnya TUAN sendiri adalah diantaranya.
 
Attachments

Terima kasih di atas quote anda... Jika tersilap, saya mengaku silap & saya dgn rendah diri meminta maaf di atas kesilapan ayat dividen 7% itu... Terima kasih sekali lagi, inilah gunanya sumbangsaran begini...:)

Niat saya adalah untuk menyatakan 'selalu juga' memberi dividen melebihi 7%. Saya pernah ditunjukkan list 'history' dividen sejak zaman TN dahulu tp saya tidak simpan salinannya. Memang selalu juga pelanggan diberi melebihi 7% walaupun tidaklah hampir setiap tahun, bukannya sgt jarang ya... Saya akan cuba dapatkan.

Saya telah betulkan kesilapan ayat saya di situ... Ada lagikah kesilapan saya yg LEBIH SERIUS & BOLEH BETUL2 MEMBERI KESAN KPD PENGGUNAAN KAD MEDIK?? Takkan ayat pasal dividen ni shj kot?? Mulut tuan mcm saya dah buat BANYAKKK penipuan yg betul2 mberi kesan kpd kad medik ETB...

Berkenaan peserta lelaki umur 24 tahun ambil pelan 5, saya akan beritahu beliau, hanya perlu keluarkan duit extra RM43 sahaja SETAHUN pada thn depan iaitu less than RM4 per month.. Thn ke-4 dah boleh mula rolling semula SEBAHAGIAN KECILL SAHAJA nilai tunai polisi & nilai tunai polisi akan kekal meningkat setiap thn walaupun rolling dibuat setiap thn.. Begitu jugalah saya terangkan bg mereka yg menyertai pd usia 29, 34, 39 & seterusnya.. Adakah saya bbohong?? Peserta berhak buat apa shj ke atas 80% nilai polisi - nak besarkan rumah, nak kahwin, nak bayar deposit kereta dsb apatah lg utk tujuan menampung kenaikan... Takkan tuan tak tau kot?? :D

Alhamdulillah, rata2 mereka boleh menerimanya sbb kenaikannya TIDAK mbebankan & nilai tunai polisi kekal meningkat setiap thn.. Berbanding dgn PruBSN yg boleh mhanguskan hard-earned money, sebahagian dpd mrk lebih sanggup bdepan kenaikan yg rendah, tidak mhanguskan hard-earned money & mengurangkan kemungkinan kad perubatan tpaksa dibatalkan..:D

Bagaimanapun, ada juga yg sanggup mengambil risiko PruBSN & mungkin mereka ni byk duit atau risk-takers... Bagi saya, Allah itu Maha Adil... Rezeki bg pjual produk high risk tetap ada bahagiannya... Rezeki bg produk low risk pun ada bahagiannya..:)

ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
+6019-7209975
 
Last edited:
Ni saya quote statement you yang tak betul. Waiver untuk Critical Illness merupakan rider dan bukan free. Rider ni boleh diambil sekiranya tidak mengambil medical card. Dalam software ilustrasi terdapat bahagian ini.

Encik, rider yg dicaj tu utk manfaat pengecualian pembayar ibubapa ke atas polisi anak2 mereka bkn waiver CI atau TPD... Amik utk diri sdiri TIDAK ada caj utk waiver tu dah.. Waiver masih ada ye..
 
Last edited:
Salam,

OK la En. Hadi. Saya pun malas nak cerita panjang-panjang. Buat sale lagi bagus.. :) Jadi kalau nak tahu apa-apa pasal produk PruBSN Takaful boleh masuk thread sana. Kalau tak saya sendiri, ada agent-agent lain yang boleh tolong jawab.

Kalau ada salah silap saya minta maaf. Wasalam.
 
Semoga berjaya & mendapat berkat. Saya mendoakan kita sama2 naik & berjaya juga membantu saudara2 kita beroleh kejayaan seperti kita dengan jalan2 yang benar...:)

Semua manusia termasuk saya & Tuan terdedah kepada salah & silap. Sebaik2 manusia yg membuat kesilapan adalah yg btaubat & berazam tidak mengulanginya lagi.:)

Saya meminta maaf kepada pembaca jika perbahasan kami mengganggu kalian, jauh di hati tiada niat begitu...:) Jika ada sebarang pertanyaan & teguran lain, boleh PM atau SMS atau e-mail kpd saya.

Terima kasih...:D Wallahu'alam.

ABD HADI BIN MOHAMAD
Perunding ETB
019-7209975
[email protected]
[email protected]
 
Back
Top
Log in Register