bukan ker ini menyalahi etika......apa pandangan ejen mahupun pelanggan etiqa takaful......bila anda kata berhijrah kpd yg lebih baik.
permulaan anda membuka thread....syok saja bila membaca.....terutama tentang etika....tapi kenapa yg berkata yg mulakan dulu.....saya juga berhijrah dari kompeni lain...cuma pendekatan saya skrg ni berbeza....more kepada info kepada pelanggan untuk tentukan matlamat mereka...disamping mendapat perlindungan.....so mintak di tarik balik perkataan berhijrah kepada yang lebih baik tu....
saya bukan ejen etiqa tapi saya simpati bila anda berkata begitu.
Salam,
Setakat ini tak de lagilah orang berhijrah ke arah yang lebih teruk. Tak perlu saya nak jelaskan kenapa dan mengapa sebab syarikat Takaful semuanya bagus.
Cuma kalau nak tahu berbezaan kedua2 syarikat ini kena talk off-line. Disini tidak ada syarikat Takaful ini tak bagus, dan syarikat takaful yang lain bagus. Cuma boleh diterangkan, PruBSN Takaful menawarkan plan seperti ini, dan etiqa pula seperti ini. Yang decide mana satu plan menepati citarasa, budget dan juga keperluan adalah prospek/perlanggan.
Disebabkan saya tidak boleh meninggalkan terus pelanggan saya terkapai-kapai tanpa wakil, saya terpaksa transfer ke kod ETB under isteri disebabkan saya perlu memantau akaun peserta ETB, memberi perkhidmatan selayaknya sebagai wakil, membantu peserta membuat tuntutan sekiranya perlu. Kalau pelanggan nak ETB pun ada, PruBSN pun ada. Kekurangan disini, ada kelebihannya disana dan begitulah sebaliknya.
Secara jelasnya, kenapa saya menyertai PruBSN Takaful?
Cukuplah sekadar saya nyatakan bahawa saya bukan jenis Hypokrit ketika masih lagi didalam ETB (under kod sendiri), sekiranya competitor beri lebih dari kita, saya akui dan begitulah sebaliknya.
Apabila sesorang itu mendaftar sebagai wakil dan membuat jualan yang pertama, maka bermulalah ERA dimana komitment kepada pelanggannya adalah sepanjang Hayat dan bukannya satu perkara yang main-main dan boleh dianggap remeh.
Bagi saya, tak kiralah sama ada seseorang agent itu part time, atau full time, once customer need the service, you must deliver...dengan apa cara sekali pun terutama sekiranya peserta tersebut terpaksa diwadkan dengan segera.
Sekiranya pelanggan membuat tuntutan, kita perlu pastikan tuntutan itu diperolehi dengan seberapa segera yang boleh. Jadi, perniagaan ini bukanlah satu perniagaan yang biasa, tetapi memerlukan satu commitment yang cukup tinggi. Sebab itulah ramai yang mendaftar sebagai wakil, tetapi amat sedikit yang berjaya.
Sekiranya anda sebagai wakil, bagaimanakah perasaan anda apabila sesuatu urusan tuntutan itu dibuat menggunakan system? Memantau akaun perlanggan juga menggunakan system dan boleh dipantau 24 jam serta kurang penggunaan kertas dan tidak menyusahkan perlanggan anda seperti terpaksa photostat IC, kad bank, kad kredit dan sebagainya.
Bagi tuntutan pula, pelanggan tidak perlu bersusah payah mendapatkan laporan perubatan dari doktor dan kembalikan borang kepada anda untuk urusan tuntutan seperti manfaat tunai hospital, kemalangan dan penyakit kritikal. Bagaimanakah sekiranya semua ini diurusan oleh syarikat dan anda hanya perlu menghantar cek tuntutan kepada perlanggan? Tidakah ini sesuatu yang baik kerana focus lebih boleh diberikan kepada pelanggan, alert kepada status akaun mereka seperti potongan sumbangan bulanan, tuntutan dan sebagainya.
Bagaimanakah pula sekiranya apa yg saya nyatakan diatas hanya 1/2 sahaja anda nikmati sebagai wakil? Bagi saya ALHAMDULILLAH.....
Secara ikhlasnya saya nyatakan, saya sudah mengalami kesemua pahit, perit dan manisnya didalam ETB daripada jualan, tuntutan dan pengurusan pelanggan, tetapi masih ada sedikit manis dan harum yang boleh dirasai didalam PruBSN Takaful. Kadang-kala tak salah kekalkan yang manis tetapi tambahkan haruman. Saya juga pernah merasai pengalaman sebagai pihak yang menuntut dan jugak wakil membantu tuntutan. Mungkin sesuatu yang baik bagi kita, tidak bagus bagi orang lain, dan mungkin juga amat baik bagi orang lain, tidak bagus bagi kita. Ianya bergantung kepada keadaan, tempat dan masa.
Apa yang berlaku pada saya... tidak semestinya sama pada orang lain dan begitulah sebaliknya....
Kepada sahabat-sahabat eTiQa Takaful..... teruskan berjuang dan anda berada dilandasan yang betul selagi masih membawa product Takaful.