Bagi saya dalam hal ini paling penting adalah Agent itu sendiri. Tidak ada produk terbaik selain dari produk yang ditentukan oleh prospek atau pelanggan setelah mereka memilikinya melainkan kita syok sendiri. Tak payah pening2, ambil sahaja dengan agent yang lain kalau tak nak dengan agent tersebut. Tepuk dada, tanya la diri anda....Kutuk mengutuk ini berlaku di semua takaful dan insuran (tak perlu saya senaraikan). Tak perlu nak dibesarkan atau terkejut sebab memang dah biasa. Itu memang normal. Mungkin ada yang rasa kecewa sebab mereka nak tahu maklumat, tapi tak dapat sebaliknya kondem kepada syarikat lain. Jadi, adalah lebih baik cerita produk sendiri daripada cerita produk orang lain yang tak tentu hujung pangkalnya. Macam Medical Card etiqa takaful, semasa 1st training dulu kandungannya tak sama dengan selepas dilancarkan. Seperti sekarang semua rider boleh diambil sekiranya mengambil medical card (termasuk penyakit kritikal dan harian hospital),
tetapi maklumat masa 1st training itu jugak lah yang diguna pakai oleh agent etiqa yang lompat ke Pru untuk kondem etiqa dan seterusnya di ikuti oleh beberapa Agent Pru. Ada yang mengatakan ko-takaful 20%, tidak boleh ambil rider penyakit kritikal dan hospital kalau amik medical card dan lain-lain lagi. Apa ni? Inilah yang dikatakan mengaji tak habis dan tak tahu latest maklumat.
Lagi satu, saya tak pasti sama ada tuan tahu atau tidak. Sebenarnya etiqa takaful Bhd membawa produk takaful yang dahulunya dikenali sebagai takaful nasional sementara Etiqa insurance Berhad dahulunya dikenali sebagai MNI. Sebab itulah saya membuat perbandingan dengan TN dan MNI.
[email protected]