Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Perhatian kepada Penduduk Kulim, Kedah...
Etiqa Takaful Bhd adalah satu syarikat insurans islamic yang 100% berlandaskan syariah dan operasinya dipantau oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai Oleh Dato Hj. Harun Sani, Mufti Besar Perak. Sekiranya terdapat keraguan yang dinyatakan oleh mana-mana ustaz, agent insurans atau takaful, yang mungkin menyatakan etiqa takaful adalah syarikat yang tidak menepati konsep takaful, tanya lah kepada mereka soalan ini:
1. Adakah Ustaz, Tuan atau encik adalah agent takaful yang lain?
2. Bukankah badan yang memberi lisen takaful kepada etiqa takaful adalah badan yang sama memberi lisen kepada takaful-takaful yang lain? Dan sekiranya etiqa diragui, takaful lain juga boleh diragui.
3. Kenapa Ustaz, Tuan atau encik tidak menidakkan insuran konvensional tetapi sebaliknya menghentam syarikat takaful?
Melalui maklumat yang saya dapat apa yang berlaku di Kulim Kedah, Penceramah tersebut (Sama ada Ustaz atau tidak saya tak pasti) adalah terlibat secara langsung dengan industri takaful dan mengunakan pendekatan ini atas kepentingan peribadi semata-mata untuk meraih keuntungan. Jarang kita dengar Agent Insurans konvensional kata takaful tak bagus melainkan Agent takaful sendiri. Kewibawaan mereka boleh disanggah!!!
Minta jasa penduduk-penduduk Kulim Kedah yang membaca thread ni. copy dan e-mailkan lah kepada sahabat-sahabat anda. Sesungguhnya Fitnah itu dosanya adalah lebih dari membunuh!!!!