BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Esszone: Perintah berkurung dilanjut

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


KOTA KINABALU - Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) dilanjut mulai esok hingga 15 April.

Pelaksanaan bagi fasa ke-17 ini bermula dari jam 7 malam hingga 5 pagi melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna.

Fasa ke-16 berakhir hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ia dilanjutkan bagi menjamin tahap keselamatan pengguna perairan serta penduduk di kawasan daratan Esszone termasuk pelancong.

"Arahan ini memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan segala pergerakan bot penceroboh serta jenayah rentas sempadan, aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api terkawal," katanya dalam satu kenyataan.

Perintah berkurung di Esszone dilaksana sejak 19 Julai tahun lalu. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register