BTC USD 83,853.1 Gold USD 4,289.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Esq165

Caqmne nak join ni??

Salam Semut

email/ sms kat sy nama dan no contact
nanti sy akan cakap dgn admin esq
detail tgk kat www.esq.com.my

Tahniah tuan tuhan telah bukakan hati tuan utk
hadir kursus ini.

Ada kawan yg lain nak join
semua perkara kita buat kerana allah
 
BILA AKU BACA KAT BLOG INI

http://ustaz.blogspot.com/2009/05/saya-tidak-menyukai-esq-165.html

Saudara dan saudari pembaca,

Saya telah menghadiri kursus ESQ Basic Training di bawah modul Eksekutif angkatan ke – 33 di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC- Kuala Lumpur pada 15- 17 Mei 2009 baru-baru ini.

Pakar modul yang mengajarkan kami tentang ESQ WAY 165 ketika itu ialah Pak Legisan Sugimin.

Secara umumnya saya berpendapat bahawa Training ESQ 165 yang telah dilalui oleh saya sewaktu itu bertentangan dengan Islam menurut kefahaman manhaj salafus soleh yang dipegang oleh saya.

Sabda rasulullah : "Barang siapa mengada-adakan satu perkara (dalam agama) yang sebelumnya belum pernah ada, maka ianya tertolak ". (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Saya berpendapat bahawa apa yang diajarkan oleh pihak ESQ Leadership Training mungkin benar dan tiada salahnya menurut kefahaman ilmu kalam dan pemikiran asya’irah yang pastinya akan menyetujui program ini. Golongan ilmu kalam sangat terkenal suka mengaitkan apa sahaja yang terlintas oleh akal dengan tuhan dan agama.

Selain itu, golongan sufi dan ahli tasauf juga tidak terkecuali daripada menjadi peminat setia kepada ajaran ESQ 165.

Saudara dan saudari pembaca,

Sepanjang perjalanan program selama 3 hari itu saya kerap kali terpaksa keluar daripada dewan PWTC disebabkan oleh kerana tidak bersetuju dengan program yang berlangsung, kerana sejuk dan asyik mahu ke tandas atau kerana sakit kepala akibat mata berpinar dengan lampu yang ditutup oleh pihak ESQ.

Pada asalnya saya berkeras tidak mahu pergi ke program ini namun terbaca komen Ustaz Zaharuddin di laman webnya telah melembutkan hati saya lalu menyebabkan saya menjejakkan kaki juga ke program ini.

Alhamdulillah, saya tertarik dan kagum dengan kepetahan dan kebijaksanaan orang-orang Indonesia di dalam kepandaian mereka menggunakan segala peluang dan kebolehan mereka ketika melakukan sesuatu.

Apapun ini bukanlah kali pertama saya melihat lelaki Indonesia pintar seperti Pak Ary Ginanjar atau Pak Legisan Sugimin kerana sejak di tanah arab lagi saya kerap berjumpa dengan pelajar-pelajar pintar Indonesia yang tak pernah jemu membuatkan saya kagum kepada mereka.

Walaubagaimanapun,

Setelah program berlangsung saya mula perlahan-lahan berfikir, agaknya Ustaz Zaharuddin tersilap ?

Biarlah saya ceritakan apa yang saya tidak suka tentang ESQ 165 ini.

Pertama :

Ajaran ESQ pada pendapat peribadi saya lebih menyerupai Kultus Gaya Baru

Melihat di skrin besar gambar Dr Ary Ginanjar Agustian sejak daripada mula sehingga akhir dan gaya para pelatih serta cara pembawaan ESQ Modul 165 telah menyedarkan saya akan hal ini.

Untuk apa disebut-sebut Dr Ary Ginanjar sebagai penemu dan pencipta modul ESQ 165 ? Sedang jika benar 1 itu merujuk kepada “Satu hati dan Ihsan” , 6 itu merujuk kepada “enam rukun Iman” dan 5 itu pula merujuk kepada “lima rukun Islam” ?

Bukankah ianya sudah ada di dalam Al-quran dan As-Sunnah ? bukankah ianya sudah pun puas di syarah dan jenuh sudah ditekuni oleh para salaf dan tiada yang tinggal daripada agama ini segala kebaikkannya melainkan yang sudah diterangkan kepada kita ?

1) Rukun Iman, Islam dan ehsan bukankah sudah dijelaskan oleh Nabi Muhammad jadi kenapa Pak Ary ialah penciptanya jika ESQ 165 itu ialah hal yang disebutkan tadi ?

2)Apakah syarahan baru atau ulasan baru terhadap Islam, Iman dan Ehsan itu ? Apakah wujud penambahan oleh Pak Ary ? jika tidak kenapa mesti dia diangkat-angkat sebagai seorang tokoh yang memperkenalkan modul ini ? Jika dia tidak membuat penambahan apa-apa kenapa kecoh ?

3) Bukankah kita membayar beliau kerana dia ibarat guru yang datang mengajar ? Pandai menghiburkan dan mempersembahkan ilmu dalam bentuk yang menarik ? Ya, dalam bentuk yang menarik dan mempesona. Dalam erti kata lain beliau hanyalah orang yang pandai mempromosikan dirinya, syarikat trainingnya dan pandai "memarketkan" (memasarkan) perkhidmatan beliau dengan cara-cara yang menarik. Justeru tiada apa-apa pun yang "hebatnya" tentang training ESQ ini bukan kecuali promosinya sahaja ?

4) Oh ada yang mengatakan ianya hebat sebab kesannya, lantas kita perlu lihat bahawa bukankah dakwah Al-Arqam juga berjaya memberi kesan dan menarik ramai orang ? Bukankah dakwah dan seruan tabligh juga berjaya menginsafkan ramai penagih dadah ? Bukankah ajaran ayah Pin dan tariqat-tariqat kesufian juga berjaya menarik pengikut yang terdiri daripada ramai tokoh ? Apa bezanya daripada ajaran ESQ ?

5) Pada saya semuanya kembali kepada sebab "Marketing" dan kemahiran Pak Ary dan rakan-rakannya di dalam memasarkan kursus mereka dengan cemerlang dan tidak lebih dari itu kerana bagi saya modulnya adalah biasa sahaja cuma cara mereka mengendalikannya dengan baik yang menyebabkan ianya berhasil lumayan.

Bahkan pada slide dan video kebenaran Al-quran (yang disebut mukjizat ilmu) kebenaran Al-Quran daripada bukti sainstifik itu sebenarnya bukanlah kajian Pak Ary tetapi sudah dibuat oleh ramai orang seperti Harun Yahya dan ramai lagi pakar-pakar kajian sains Islam.

Tiada apa yang baru yang saya temui daripada ESQ 165 selain gayanya yang mantap dan persembahan yang dibantu dengan peralatan canggih dan pekerja serta perancangan yang rapi dan teliti.

Apapun saya yakin orang-orang Melaysia yang terdiri daripada kelas professional seperti “orang-orang daripada gerakan dan badan NGO Islam seperti JIM, ABIM dan seumpamanya pasti berbondong-bondong memasuki latihan ESQ ini dan bertempik bersorak menyatakan kesukaan mereka.

Mereka ini mahu dilihat beragama, mahu merasa dirinya beragama dan mahu “dianggap beragama” tanpa mahu pula bersusah payah, tanpa mahu pula berkorban derita dan menjalani jerit payah.

Golongan ini akan suka ke program Pak Ary ini, mendapat sentuhan zikir dan fikir, melihat kebesaran tuhan dan menangis beramai-ramai di dalam sesi muhasabah dan berkongsi cerita duka insan lain lalu keluar daripada dewan dengan rasa puas, rasa beragama, rasa lega dan rasa kepuasan dan keindahan bahawa dirinya beragama, punyai kesedaran bahawa hidupnya sekarang sudah untuk tuhan.

Mereka lupa ibadah untuk tuhan itu perlu didasari oleh sunnah, dilaksanakan dengan kaedah tetapi para pejuang ESQ, ibadah itu cukup dengan suara hati dan niat yang suci..itu pendapat mereka.

Gaya ini mirip keletah Tok Guru Tariqat yang mendakwa menemu zikir-zikir khusus dan rahsia ilahi melalui tafakurnya, pengalaman hidupnya, pertapaannya lalu tampil mengajarkan orang cara-cara kreatif beribadah atau cara-cara merasai “kewujudan tuhan” melalui penghayatan kepada jalan-jalan rekaan diri beliau.

Saya tidak hairan Pak Ary punya ESQ ini dipersetujui oleh JAKIM dan Pihak Jabatan agama atau Mufti memandangkan ramai sahaja para agamawan dan mufti tanah melayu ini yang termasuk penyokong kepada faham Sufism.

Kenapa saya katakan ESQ tidak disukai oleh saya :

A) Wujud gaya zikir beramai-ramai di dalam gelap dengan diketuai oleh seorang tukang suara

B) Berusaha membuatkan para hadirin menangis dengan cara yang tidak berlandaskan ajaran salaf dengan mengadakan cerita-cerita tentang manusia-manusia yang susah, bernasib malang dan menimbulkan perasaan sedih dengan mengingatkan peserta tentang ibubapa dan lain-lain. Pada saya latihan kerohanian seperti ini tidak pernah dibuat oleh nabi sebaliknya ianya dilakukan oleh para ahli sufi dan tariqat yang “bersuluk” di dalam kubur, bilik gelap dan sebagainya.

C) Membawa kefahaman tentang “Suara hati” yang kononnya didasari oleh asmaul husna tetapi hakikatnya suara hati yang ditampilkan lebih mirip kepada ajaran sufi yang di dasari kepada ilmu ladunni dan ungkapan seperti hakikat dan makrifat yang membawa maksud manusia boleh mendapat dan mengenali tuhan melalui suara hati dan pemerhatian.

D) Tafsiran Asmaul Husna yang menyimpang dan salah, bukan sekali tetapi banyak kali dan trainer telah membuat kesalahan fatal dengan mengaitkan asmaul husna dengan suara hati. Kaedah apa yang digunakan ? guna akal ? ini soal aqidah tetapi sambil lewa hal itu dilakukan tanpa risau.

E) Nama-nama Allah di kaitkan dengan perkara yang tidak masuk akal misalnya mengatakan bendera Malaysia , iaitu Jalur gemilang ialah berasal daripada suara hati dan asmaul husna. Pada saya ini gila kerana bendera Malaysia itu dibuat dengan kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950 dan tiada kena mengena dengan nama Allah jauh sekali mengatakan ianya bendera Allah dengan menafsirkan makna jalurnya kepada asmaul husna.

F) Saya melihat kepada sijil yang diterima oleh saya, ternyata masih banyak baki training yang dikendalikan oleh mereka yang perlu saya lalui sehingga dapat mencapai ESQ Star Leader. Saya tersenyum kerana gaya Pak Ary menguruskan ESQ persis sebuah kumpulan Kultus yang membawa satu faham baru di dalam menuju Allah. Kecerdikannya jelas apabila setiap peserta yang selesai kursus akan digelar “Alumni” dan punyai majlis forum atau koperasi tersendiri. Bukan sekadar itu, melalui program ESQ, dengan pengaruh yang ada beliau telah berjaya merekrut ramai sukarelawan dan pembantu setia yang sanggup menyumbang kepada dakwah ESQ.

G) Tafsiran Al-quran dan as-sunnah yang tidak menurut pedoman ulama salaf

Ada beberapa hal yang saya kurang sudi bincangkan secara jelas di sini mengapa ESQ tidak disukai oleh saya tetapi biarlah saya simpan sahaja sebaliknya lebih baiklah anda menghukum sendiri setelah menghadirinya.

...

RASA BETUL PLAAK...

WALAUPUN NIATNYA BAGUS, TETAPI CARA PENYAMPAIAN TAK BETUL, JADI BENDA NI TAK BOLEH LAH..

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!
 
UZAR dah pergi sendiri ESQ training ni, dan dia takda plak tuduh ESQ ni sesat ke apa ke. cuma dia harap beberapa perkara boleh diperbaiki untuk mengelakkan salah faham. buang yang keruh, ambil yg jernih.

-Alumni ESQ Angkatan Mahasiswa UTP-
 
Salam

Sebelum sy pergi ke kursus ni
sy telah baca komen dr ustaz ni

Tapi yg penting, apa yg ustaz bangkitkan tu,
bawalah kat admin esq
sebab esq mempunyai panel syariah terdiri dr bekas mufti kedah,johor dll
Mufti perak pun pernah menghadirinya, komennya ok tak bercanggah dgn syarak

sebelum model ni dibawa di malaysia byk tapisan yg telah dilalui
apakah tapisan tu tak boleh pakai

sy tak tahu apakah sebab sebenarnya ustaz tu komen
hanya allah dan dia saja yg tahu
 
Pagi

Para alumni di carigold ni
diminta memberi kata semangat utk dikongsi bersama
 
ESQ itu bagus untuk kita belajar merasai Allah itu ada dekat dengan kita namun begitu Alumni sepatutnya meneruskan pengajian di kelas kelas agama agar ilmu yang diterima di ESQ lebih bermanfaat. Terlalu banyak rahsia untuk digali dari training ini. Sebab itulah trainer akan berkata training yang sebenarnya akan bermula apa tamat training selama 3 hari tersebut.

Banyak juga orang yang komplain ESQ seperti bidaah dan lain lain. Namun bagi saya orang ini jauh lagi dari pada faham apa itu bidaah. Hanya kenal perkataannya sahaja. Kalau nak bercerita tentang bidaah, Quran yang dibaca bertulisan dan bergaris itu adalah bidaah yang besar kerana Rasulullah tak pernah tulis dan susun Quran. Hanya selepas Rasulullah wafat Quran disusun. Kalau betul gologan seperti salafi nak ikut sunnah. Mereka perlu menghafaz Quran satu persatu dan belajar dari orang yang menghafaz. Sebab itu lah jangan mudah menghukum. Islam itu penuh hikmah. Manusia hanya perlu perhatikan alam kejadian Allah dan terlalu banyak Allah buat perumpamaan kepada orang yang berakal.

Salam.

ALUMNI ESQ Angkatan 1 Kuala Lumpur , April 2006
ALUMNI ESQ MCB, Angkatan 1 Kuala Lumpur Julai 2008.
 
Back
Top
Log in Register