BTC USD 83,427.8 Gold USD 4,174.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Erti Cinta & Perkahwinan

BOCK

Legendary Member
gem
Messages
17,853
Joined
Sep 3, 2007
Messages
17,853
Reaction score
59
Points
120
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .
:D
 
pergh...

cam semakin dekat plak hari bersejarah ntok aku nih..

hahaha
 
dalam erti nih kkeekek
 
soalan : boleh x aku nak simpan ranting dgn pohon kayu tu skali dalam 1 masa?
 
soalan : boleh x aku nak simpan ranting dgn pohon kayu tu skali dalam 1 masa?

persoalan ni kabur sedikit..adakah awak merujuk kepada seorg wanita je atau 2 org? kalau seorg je..itulah yg terbaik..tp kalau awak merujuk kpd 2 org yg berlainan,kalau boleh berlaku adil..boleh je..
cuma pasangan anda akan kecil ati la kalau dia tau yg dlm hati awak tu ada 2 org..bukan miliknya seorg..

dlm hidup berpasangan ni,saya selalu guna prinsip " what you give, you get back..":)cgrock
 
persoalan ni kabur sedikit..adakah awak merujuk kepada seorg wanita je atau 2 org? kalau seorg je..itulah yg terbaik..tp kalau awak merujuk kpd 2 org yg berlainan,kalau boleh berlaku adil..boleh je..
cuma pasangan anda akan kecil ati la kalau dia tau yg dlm hati awak tu ada 2 org..bukan miliknya seorg..

dlm hidup berpasangan ni,saya selalu guna prinsip " what you give, you get back..":)cgrock

hmm betoi tuh :D
 
Back
Top
Log in Register