ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Eric Paulsen
KUALA LUMPUR 23 Mac – Peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen yang ditahan reman di Lokap Balai Polis Jinjang semalam dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira 3.30 petang ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad mengesahkan bahawa Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) itu dibebaskan selepas tamat tempoh reman sehari.
Paulsen ditahan semalam berhubung dua kenyataannya mengenai undang-undang hudud di Twitter dan disiasat oleh polis Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Paulsen sebelum ini turut didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kenyataannya di Twitter yang mendakwa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme.
Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu. – BERNAMA