ivy_aku
Super Active Member
- Messages
- 7,088
- Joined
- Jan 7, 2009
- Messages
- 7,088
- Reaction score
- 20
- Points
- 65
PENDENGAR stesen radio Suria FM kini boleh menikmati lebih banyak lagu berbanding celoteh penyampai dan iklan apabila stesen berkenaan memperkenalkan konsep baru 50 minit Muzik Terbaik Tanpa Henti sejak 7 Julai lalu dengan memansuhkan format lamanya yang menyiarkan lagu selama 40 minit tanpa henti.
Konsep lama yang diperkenalkan stesen itu penghujung tahun lalu terpaksa dimansuhkan berikutan sebuah stesen radio swasta memperkenalkan konsep sama baru-baru ini, mungkin sebagai strategi untuk menarik lebih ramai pendengar.
Ketua Pegawai Operasinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, berkata beliau kurang pasti sama ada stesen radio yang cukup terkenal itu meniru konsep mereka atau berlaku secara kebetulan. Namun sebagai sebuah stesen radio yang kecil, beliau bangga kerana strategi yang diperkenalkan stesennya diguna pakai stesen lain.
“Kami ingin memberitahu pendengar bahawa Suria FM yang memulakan konsep 40 minit Muzik Terbaik Tanpa Henti. Oleh kerana sudah ada stesen radio menggunakan konsep yang sama, kami harus bertindak pantas dengan menambah 10 minit lagi lagu menjadi 50 minit muzik tanpa henti kerana kami tidak mahu disamakan dengan stesen radio itu.
“Kami juga mahu pendengar tahun konsep itu sudah lama kami perkenalkan. Kami tidak takut dengan persaingan walaupun stesen radio kami kecil, sebaliknya kami bangga kerana konsep kami ditiru. Bagaimanapun kami tetap terkejut kerana sebuah stesen radio yang sudah ada nama sepatutnya lebih kreatif dan seharusnya mereka tampil dengan idea yang lebih segar,” katanya.
Walaupun memutarkan 50 minit lagu tanpa henti, Engku Emran menjelaskan Suria FM masih mampu menjana pendapatan menerusi iklan komersial kerana slot untuk iklan dikhaskan selam 10 minit di setiap penghujung jam.
Selain pengumuman konsep baru, Suria FM turut mengumumkan pemenang peraduan Kempen Suria FM Senyum & Menang RM18,000 Bersama Tuah Zulqarnain dan Zizi yang merakamkan gambar secara kreatif bersama dua penyampai Breakfast@Suria itu.
Dua pemenang itu ialah Azariah Ahmad dari Labu, Negeri Sembilan yang memenangi wang tunai RM10,000 dan Faizah Kasim dari Damansara Damai di tempat kedua yang membawa pulang RM5,000.
Sebagai strategi untuk meningkatkan lagi jumlah pendengarnya, stesen radio yang sudah berusia lebih dua tahun itu mengatur pelbagai strategi baru dengan memperkenalkan lebih banyak peraduan.
Engku Emran yakin, peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan mampu menarik lebih ramai pendengar. Ini terbukti sejak Suria FM memperkenalkan peraduan Suria FM Senyum & Menang, jumlah pendengarnya mula meningkat. Terbaru, stesen radio ini bekerjasama dengan One Drop Perfumes menganjurkan peraduan Lagu Berduit Suria FM yang menawarkan hadiah wang tunai hingga RM75,000.
Peraduan yang bermula 20 Julai dan berakhir pada 16 Ogos depan itu cukup mudah dengan menghendaki pendengar meneka judul lagu yang diputarkan Suria FM. Setiap hari sebuah lagu diputarkan di slot berbeza. Pendengar hanya perlu menghantar SMS dalam sama 20 minit sebaik lagu itu ke udara. Pendengar bertuah akan dihubungi oleh penyampai dan mereka perlu menjawab panggilan dalam masa lima saat kemudian berikan judul lagu yang ke udara.
“Sejak mempromosikan peraduan ini, kami dapati ia sangat membantu dari segi jumlah pendengar kami. Selain mahu mendengar lagu terbaik, pendengar tentu mahukan ganjaran daripada kami Justeru, Suria FM akan menganjurkan peraduan seperti ini dengan lebih kerap lagi jika benar strategi ini dapat meningkatkan jumlah pendengar kami,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat One Drop Perfumes Sdn Bhd, Josafri Johari, berkata pihaknya tertarik untuk bekerjasama dengan Suria FM kerana karakter stesen radio itu yang berkongsi pasaran sama dengan syarikatnya.
“Ini pembabitan pertama kami dengan sebuah stesen radio. Kami berniat memulakan program seperti ini dengan Suria FM kerana pendengarnya mempunyai karakter yang sama dengan sasaran pelanggan One Drop Perfumes. Kami berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi di masa depan,” katanya.
credit 2 b.harian

Last edited: