Secara asasnya pasaran bergerak pada satu garisan support dan resistance. Jika kita menganalisis carta yang terdahulu kita dapat melihat bagaimana garisan support dan resistance ini seolah-olah memberi isyarat kepada kita bahawa pasaran akan berterusan mengikut garisan ini selagi belum 'breakout'.
Carta di bawah adalah contoh yang pasaran bergerak berdasarkan garisan support. Maklumat ini nanti kita akan gunakan pada EC untuk mengetahui 'range' antara support dan resistance.
Berikut adalah contoh carta di mana pasaran bergerak mengikut garisan resistance tetapi breakout.
Semua maklumat ini adalah asas sebelum saya menjelaskan secara terperinci teknik menggunakan EC pada timeframe D1, H4 dan H1. Kenapa kita perlu menggunakan timeframe yang lebih besar seperti D1 dan H4? Ini adalah kerana trend pasaran akan bergerak mengikut timeframe yang paling besar (D1).
Secara asasnya kita telah mengetahui bagaimana pergerakan pasaran. Sekali lagi saya sebutkan di sini, teknik ini tidak menggunakan sebarang indikator kerana indikator hanya mengambarkan apa yang berlaku pada pasaran sekarang dan ada masanya menyebabkan kita keliru.
Paling penting dalam teknik ini ialah 'money management'. Saya syorkan saiz PIP adalah 5% berdasarkan baki terakhir.
Mata wang yang akan saya gunakan pada teknik ini ialah GBPJPY dan GBPUSD. Saya sendiri melakukan urus niaga forex pada mata wang GBPJPY kerana 'range' yang lebih menarik berbanding dengan mata wang lain.
Ketepatan teknik ini boleh saya katakan 80%. Ada masanya kita terpaksa menerima hakikat yang trade kita akan terkena SL, sebab itu saya tekankan saiz PIP pada 5% adalah penting. Sasaran PIP ada masanya sampai 700 PIP bergantung pada pasaran semasa. Ada masanya berputih mata... tetapi banyak yang menjadi.
Peringkat pertama kita setkan carta kita pada timeframe D1 seperti berikut. Sila lihat carta di bawah :
Saya bulatkan TOP dan Bottom kerana kita akan membuat garisan dengan EC sperti berikut:
Sekarang kita analisis apa yang terjadi pada carta D1.. Sila lihat carta berikut :
Melalui EC kita telah nampak pergerakan pasaran di mana ia bergerak seiring garisan support dan resistance. Jadi jangan sekali-kali Buy apabila price melepasi garisan resistance atau sell apabila price di bawah garisan support.
Selepas ini kita akan membuka carta pada timeframe H4...
Bersambung pada minggu hadapan, kaedah bagaimana mengguna EC pada timeframe H4 dan Fibo untuk mengukur TP dan SL dan beberapa aturan yang mesti dipatuhi... Elakkan daripada menggunakan sebarang indikator kerana anda akan keliru. (Pengalaman saya)