BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Kapal Equanimity tiada kaitan dengan 1MDB

KUALA LUMPUR 17 April - Mahkamah Indonesia memutuskan pemilik kapal mewah Equanimity yang sah adalah Equanimity (Cayman) Ltd. dan tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Brigadier Jeneral Polis Direktorat Tindak Pidana Ekonomi dan Khusus, Dr. Rudy Heriyanto Adi berkata, keputusan Mahkamah Daerah Jakarta Selatan tidak boleh dipertikaikan.

“Selain itu, mahkamah turut memutuskan untuk segera mengembalikan kapal tersebut kepada pemiliknya, Equanimity (Cayman) Ltd. kerana rampasan itu tidak sah dan dibuat tanpa asas undang-undang,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Kapal layar mewah didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low itu dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali pada Februari lalu kerana dipercayai dibeli menggunakan dana yang didakwa diseleweng.

Polis Indonesia juga mengesahkan berita penemuan wang tunai bernilai RM1 bilion dalam kapal Equanimity yang dirampas itu adalah palsu.

Timbalan Pengarah Direktorat Jenayah Ekonomi Khas, Pesuruhjaya Tinggi Polis Indonesia, Da*niel Silitingo berkata, tiada sebarang wang tunai yang ditemukan sepanjang proses pencarian bukti di dalam kapal mewah tersebut.

Berita penemuan wang tunai tersebut tular dalam media sosial selepas pihak berkuasa Indonesia merampas kapal tersebut dan isu itu dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang mengaitkannya dengan dana yang diseleweng daripada syarikat 1MDB.

Dalam pada itu, Mahkamah Indonesia turut memutuskan tiada keputusan mahkamah menunjukkan bahawa pemilik kapal mewah itu me*lakukan jenayah.

“Jika kesalahan itu tidak dapat dibuktikan, maka rampasan juga tidak seharusnya berlaku,” kata beliau.

DUA bot polis Indonesia merapati kapal mewah Equanimity yang berlabuh di Teluk Benoa dekat Bali pada 28 Februari lalu.


http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/kapal-equanimity-tiada-kaitan-dengan-1mdb-1.651783
 
Alhamdulillah, syukur. Akhirnya Jho Low dpt balik kapal layar dia. Buat malu je FBI.

Sape2 yg belum buat keputusan nak undi siapa pru ni, boleh tengok siggy kat avatar aku tu.

#UndilahJhoLow
#JhoLowOrangkite

lani Jho Low dah famous satu dunia kot

rasa kat mana dia berpoya poya lani
 
sebenar ye, ada bukti dan ada kes, cuma prosedur rampasan tak ikut peraturan..
 
Amerika minta Indonesia serahkan kapal layar Jho Low

LOS ANGELES: Orang paling dikehendaki Malaysia, Low Taek Jho (Jho Low) diarah menyerahkan kapal layar mewah, Equanimity bernilai AS$250 juta (RM991 juta) kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).


Kapal layar itu disita polis Indonesia atas arahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Kapal layar itu antara aset berjumlah AS$1.5 bilion (RM5.95 bilion) yang didakwa AS diselewengkan Jho Low dan rakannya dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim di Los Angeles, Dale Fischer mengarahkan pemegang hak milik kapal layar itu bagi pihak Jho Low, menyerahkannya tanpa perlu pihak AS membuat rampasan di perairan Indonesia.

Kata dua juga diberi oleh Fischer, sama ada mematuhi arahan atau dikenakan tindakan.


http://www.astroawani.com/berita-du...indonesia-serahkan-kapal-layar-jho-low-175617
 
Amerika minta Indonesia serahkan kapal layar Jho Low

LOS ANGELES: Orang paling dikehendaki Malaysia, Low Taek Jho (Jho Low) diarah menyerahkan kapal layar mewah, Equanimity bernilai AS$250 juta (RM991 juta) kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).


Kapal layar itu disita polis Indonesia atas arahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Kapal layar itu antara aset berjumlah AS$1.5 bilion (RM5.95 bilion) yang didakwa AS diselewengkan Jho Low dan rakannya dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim di Los Angeles, Dale Fischer mengarahkan pemegang hak milik kapal layar itu bagi pihak Jho Low, menyerahkannya tanpa perlu pihak AS membuat rampasan di perairan Indonesia.

Kata dua juga diberi oleh Fischer, sama ada mematuhi arahan atau dikenakan tindakan.


http://www.astroawani.com/berita-du...indonesia-serahkan-kapal-layar-jho-low-175617

Apesal nak bagi America pegang? Bagi balik jer kat Malaysia.

Kapal tu di perairian SEA. Apa hal dia nak suka2 sita? Msian new govt boleh sita sendiri.

Suh dia jaga tepi kain sendiri kt negara sendiri la. Kalau nak rampas property kat US ada la logic sebab menatang tu kat US.

Ni kat perairan Asia apa hal dia nak hantar kapal perang dia rampas lak?
 
Indonesia sita Equanimity sekali lagi

equanimity.JPG


KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Indonesia sekali lagi menyerbu dan menyita kapal persiaran mewah Equanimity selepas hampir dua bulan sitaan kali pertama disahkan terbatal atas faktor teknikal.


Portal Malaysiakini melaporkan, langkah itu didedahkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam dokumen yang difailkan ke mahkamah semalam.

Menurut dokumen itu, Pejabat Hal Ehwal Luar DOJ sudah mengemukakan permohonan untuk Bantuan Perundangan Bersama (MLA) kepada Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia pada 19 April sebelum pihak berkuasa Indonesia kembali menaiki Equanimity dan menyita kapal persiaran berkenaan pada 9 Julai lalu.

"Pada 9 Jul 2018 pihak berkuasa Indonesia melaksanakan proses itu dengan menaiki Equanimity bersama satu salinan waran tangkap.

"Semasa di dalam kapal itu, pihak berkuasa menyerahkan satu salinan waran tangkap ke atas kapal layar, serta satu lagi salinan waran tangkap untuk kapten Equanimity," kata dokumen DOJ itu kepada Mahkamah Daerah California.

Langkah berkenaan dibuat sebagai makluman kepada mahkamah bahawa waran tangkap yang mereka keluarkan pada 16 Jun tahun lalu sudah dilaksanakan.

Turut disertakan pada dokumen terbabit adalah gambar waran berkenaan diserahkan oleh polis Indonesia di atas kapal Equanimity.

Berdasarkan laporan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang turut dikemukakan kepada mahkamah, mereka dimaklumkan oleh polis Indonesia seorang peguam ada bersama kapten kapal tersebut ketika waran itu diserah

"Polis Indonesia percaya bahawa peguam itu mewakili pemilik kapal persiaran berkenaan," kata laporan itu.

Sebelum ini, DOJ mengemukakan saman pelucutan hak secara sivil ke atas kapal bernilai AS$250 juta itu pada 15 Jun tahun lalu.

Ia adalah antara 30 saman seumpamanya yang dilakukan pihak terbabit untuk merampas pelbagai aset yang didakwa AS diperoleh melalui penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Equanimity didakwa dimiliki ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang sebelum ini mendakwa tuduhan dikaitkan kepadanya bermotifkan politik.

Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini merampas Equanimity atas permintaan DOJ pada 28 Februari lalu.

Bagaimanapun Mahkamah Daerah Jakarta memutuskan rampasan itu tidak sah kerana MLA dikemukakan DOJ diserahkan terus kepada polis, sedangkan ia sepatutnya melalui Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/450135/kapal-mewah-equanimity-disita-sekali-lagi
 
Indonesia to hand over Equanimity to Malaysia
August 4, 2018

The yacht, linked to 1MDB investigations, will be handed over at the border between Indonesia and Malaysia's waters.

Equanimity.jpg

The decision to hand the yacht to Malaysia was reached following a personal request made by Prime Minister Dr Mahathir Mohamad. (File pic)

KUALA LUMPUR: Indonesia has agreed to hand over to Malaysia a US250 million luxury yacht linked to a corruption scandal at a Malaysian state fund that it impounded in Bali earlier this year, Indonesian authorities said on Saturday.

The Cayman Islands-flagged Equanimity was seized in February at the request of US authorities as part of a multi-billion dollar corruption investigation launched by the Department of Justice (DoJ) related to 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

An Indonesian court ruling in April declared that the yacht was wrongfully impounded and should be released to its owners.

Indonesian police seized the boat again in July following a formal request for legal assistance from the United States.

Indonesian police said they would hand the yacht over to Malaysia but did not specify when.

“The yacht will be handed over at the border between Indonesia and Malaysia’s waters,” Daniel Silitonga, the deputy for economic and special crimes, told Reuters over a text message.

“We have to maintain the good relations between the two countries,” he said, adding that the yacht is currently on the waters close to the border of Singapore and the Indonesian island of Batam.

A source had also told Reuters on Friday that the decision to hand the yacht to Malaysia was reached following a personal request made by Prime Minister Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir’s office did not reply to a Reuters request for comment.

Mahathir, 93, visited Indonesia in June, his first official visit in the region after returning to power in a surprise election win over Najib Razak.

1MDB, founded by Najib, is at the centre of money-laundering probes in at least six countries, including the United States, Switzerland and Singapore. A total of US$4.5 billion was misappropriated from 1MDB by high-level officials of the fund and their associates, according to civil lawsuits filed by the DOJ. Najib has denied wrongdoing.

Malaysian financier Low Taek Jho is seen as a central figure in the scandal. According to the lawsuits, Low used proceeds diverted from 1MDB to procure Equanimity, a 300-ft (91-m) yacht registered in the Cayman Islands.

The US$250 million vessel is said to have an interior clad in marble and gold leaf, a spa and sauna, a 20-metre swimming pool on deck, a movie theatre, a lift and a helipad.

Malaysian authorities are seeking to arrest Low, whose whereabouts are unknown. His Malaysian passport was revoked and an arrest warrant has been issued against him.

http://www.freemalaysiatoday.com/ca...ndonesia-to-hand-over-equanimity-to-malaysia/
 
Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kapal mewah 'The Equanimity' kini dalam pelayaran dari perairan Batam, Indonesia menuju ke Pelabuhan Klang, sebelum dijangka tiba sekitar jam 3 petang esok.
 
Back
Top
Log in Register